34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pizzadoh – Mula Dengan Cinta Pada Pizza, Kini Jadi Bisnes Home-Based

    Shopee Sale



    Kalau sebut pasal pizza, kebanyakan kita akan bayangkan yang jenis tebal gaya Amerika. Tapi Amirul Edzrain Abdul Hamid dari Terengganu pula lebih meminati pizza autentik gaya Itali — terutamanya Neapolitan style.

    Disebabkan minat itu, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah yang kini dikenali sebagai Pizzadoh.

    Minat terhadap pizza jadi pencetus segalanya. Beliau meluangkan masa lebih enam bulan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi mencari rasa yang benar-benar menepati cita rasanya.

    Proses itu bukan mudah, banyak kali beliau tidak berpuas hati dengan hasilnya. Namun, usaha berbaloi apabila keluarga, jiran dan rakan-rakan memberi maklum balas positif selepas mencuba.

    Menariknya, perniagaan ini berkonsepkan home-based, di mana pelanggan membuat tempahan terlebih dahulu secara online dan datang sendiri ke rumah beliau untuk mengambil pesanan. Tapi ramai sanggup kerana rasanya dikatakan “lain daripada yang lain”.

    pizzadoh

    Instagram: pizzadohmy

    Antara menu yang ditawarkan termasuklah beef pepperoni, chicken pepperoni, spicy shrimp, dan juga wagyu pizza (atas permintaan).

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Sukar Berjauhan Dengan Anak Lelaki, Akui Terkesan Kes Kematian Pelajar UiTM Dungun – ‘Saya Rasa Kehilangan.. Luluh Hati’

    Walaupun pernah mengalami detik sukar apabila seorang pelanggan menerima pizza yang terdapat lalat, beliau mengambilnya sebagai pengajaran untuk terus menambah baik kualiti produk.

    Kini, pelanggan boleh menempah Pizzadoh melalui Instagram dan TikTok pizzadohmy.

    Saksikan kisah penuh Amirul Edzrain dalam video di bawah. Mana tahu, mungkin korang akan terinspirasi untuk mulakan perniagaan sendiri dan  sokong bisnes tempatan juga!

    " data-video-id="7498932167527943442">
    @official Anak muda Terengganu ini buktikan dari dapur rumah pun boleh hasilkan pizza gaya Itali # #fyp #marilokal ? original sound – OHBULAN!

     

    Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah