28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Rahmat Selar Individu Kait Perceraian Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Dengan Misi Sumud Flotilla – ‘Lidah Seorang Pembenci’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan PU Rahmat Ikhsan tampil menyelar seorang warganet yang mendakwa perceraian pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin berpunca daripada penglibatan dalam Misi Global Sumud Flotilla.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Zizi Dah Buat Yang Terbaik Untuk Selamatkan Rumah Tangga’ – Yusuf Bahrin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Muncul Di Mahkamah Syariah – ‘Doakan Yang Baik’

    Tiada kaitan dengan misi kemanusiaan

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, PU Rahmat mengulang ciap hantaran memaparkan komen seorang warganet yang mendakwa selebriti tersebut dengan tuduhan yang melampau.

    PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, mempertahankan Zizi dan Yusuf dari fitnah tersebut dan menegaskan bahawa perceraian mereka adalah bersifat peribadi.

    Perceraian bukanlah titik akhir hubungan. Boleh jadi selepas ini hati bertaut kembali.

    Dan jika tidak dirujuk selepas perceraian, Yusuf dan Zizi masing-masing ada hak untuk mencari kebahagiaan lain.

    Kenapa lidah mengaitkan dosa yang tiada asal usul?

    Dikaitkan pula dengan perjuangan pembebasan Gaza. Wahai kau yang berada di sebalik akaun palsu, mereputlah.

    Rakan-rakan seperjuagan

    Dalam masa yang sama, rakan seperjuangan dan Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, turut menafikan bahawa perceraian itu berkait dengan misi kemanusiaan tersebut.

    MENARIK:  [FOTO] Kereta Hancur Dihempap Pokok, Pemuda Kongsi Amalan Yang Dilakukan – ‘Saya Amalkan Selawat 1k Sehari’

    Pada Khamis, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

    Sebelum ini, netizen mula menghidu pergolakan hubungan mereka apabila mendapati pasangan tersebut tidak lagi mengikuti akaun media sosial satu sama lain dan tidak menyambut Aidilfitri bersama.

    Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga 19 September 2021 dan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

    Sumber: Threads

    The post PU Rahmat Selar Individu Kait Perceraian Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Dengan Misi Sumud Flotilla – ‘Lidah Seorang Pembenci’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah