28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syaffiq Sahli & Bosswan Diberi Kepercayaan Besar, Dilantik Sebagai Duta & Pemegang Saham

    Shopee Sale

    Rezeki tak pernah salah alamat buat dua selebriti media sosial, Bosswan dan Syaffiq Sahli yang menjadi duta rasmi jenama perabot tempatan dan sebagai pemegang saham.

    Artikel Berkaitan: ‘Babak Bercium Dengan Bayaran Mahal? Saya Tak Gila Nak Terima!’ – Syaffiq Sahli

    Cuba bidang baru

    Menurut Syaffiq yang juga merupakan seorang pelakon, ini merupakan satu peluang besar untuk mengukuhkan lagi potfolio dalam perniagaan dan menimba ilmu pengetahuan yang baru.

    Kata Syaffiq, dia dan Bosswan boleh melakukan lebih daripada satu kerja dalam masa sehari kerana tidak perlu berada di Empire Reka cawangan Klang setiap masa.

    Kami sudah tetapkan sasaran untuk Empire Reka. Pada waktu siang kami memberi perhatian sepenuhnya manakala pada waktu malam pula dengan kandungan paranormal.

    Walaupun kadang-kadang tidur lewat sampai jam 5 atau 6 pagi, jadual tetap kami susun supaya ada masa khas untuk Empire Reka Klang.

    Kami juga ada pasukan lengkap dengan peralatan untuk hasilkan konten video yang boleh jadi sumber pendapatan tambahan.

    Manakala bagi Bosswan, dia menekankan pendekatan kreatif dalam memperkenalkan produk kepada orang ramai.

    Kalau kami buat siaran langsung pada waktu malam, kami jadikan produk Empire Reka sebagai prop, itu juga teknik pemasaran.

    Yang paling penting orang tahu Empire Reka ada kilang sendiri dengan produk yang berkualiti.

    Kami juga akan melakukan jualan dengan harga diskaun yang tidak masuk akal pada Hari Malaysia. Nantikan di siaran langsung kami nanti.

    Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ini berlangsung dengan meriah di Empire Reka Klang, pada Selasa.

    MENARIK:  Banyak Kongsi Pengaruh Positif, Atikah Suhaime Tidak Anggap Diri Sebagai ‘Role Model’ – ‘Selalu Terfikir Bila Berhenti Berlakon Akan Hilang’

    Dapat pengaruh orang ramai

    Sementara itu, pihak pengurusan berkata pemilihan dua figura ini berdasarkan kemampuan mereka memberi inspirasi kepada anak muda untuk berjaya.

    Saya nampak Bosswan dan Syaffiq sangat aktif setiap hari mereka membuat siaran langsung di TikTok.

    Pelantikan Syaffiq dan Bosswan sebagai duta dan pemegang saham adalah bukti keyakinan kami terhadap pengaruh serta kredibiliti mereka.

    Kerjasama ini adalah permulaan kepada banyak inisiatif besar yang bakal kami laksanakan.

    The post Syaffiq Sahli & Bosswan Diberi Kepercayaan Besar, Dilantik Sebagai Duta & Pemegang Saham first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah