Bila sebut je PTPTN, ramai mesti teringat pasal pinjaman pendidikan kan? Tapi kali ni, sempena sambutan kemerdekaan ke-68, PTPTN tampil dengan semangat baru di mana PTPTN mengajak masyarakat Malaysia merdeka daripada beban kewangan.
Caranya mudah sahaja, melalui budaya menabung dan urus kewangan sejak kecil lagi menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Lebih menarik, PTPTN memanfaatkan Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025 dalam menerangkan mengenai manfaat PTPTN di samping memupuk kecintaan terhadap negara sempena bulan kemerdekaan ini.
Harapan Pengerusi PTPTN Sempena Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025 membuka ruang besar kepada PTPTN untuk turun padang mendekati masyarakat dan memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan simpanan pendidikan.
Beliau berkata, jelajah yang membabitkan 12 negeri itu membolehkan PTPTN mempromosikan perkhidmatan serta memberi penerangan terus kepada masyarakat melalui booth yang dibuka di setiap lokasi.
Kata Norliza, selain memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan Simpan SSPN, PTPTN juga menekankan usaha menggalakkan bayaran balik pinjaman secara berhemah demi kelestarian dana pendidikan tinggi negara.
“Alhamdulillah, PTPTN dijemput bersama dalam program ini. Ia memberi peluang kepada kami bukan sahaja menyambut Hari Kebangsaan, tetapi juga mengajak masyarakat membebaskan diri daripada hutang dengan mengamalkan budaya menabung.
“Kita mahu masyarakat Malaysia beralih daripada meminjam kepada menabung supaya anak-anak dapat melanjutkan pelajaran tanpa beban hutang yang tinggi pada masa depan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Sumbangan PTPTN Ke Akaun Simpan SSPN Prime Buat 100 Pelajar Terpilih

Majlis ini turut menyaksikan Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim menyampaikan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada 100 pelajar memerlukan di sekolah berkenaan sebagai galakan menabung sejak usia muda dan menyokong aspirasi pendidikan tinggi.
Majlis penyampaian ini berlangsung di SK Sungai Gelugor, Pulau Pinang dan disempurnakan sendiri oleh Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim. Turut hadir, Ts. Nor Hisham bin Abbas, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang (RTM), Tuan Mohamad Zawawi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Puan Isma Sharni binti Mohamad Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor.
Semoga sumbangan yang dilakukan dapat membuka langkah untuk ibu bapa serta para pelajar untuk kegunaan bagi melanjutkan pelajaran ke menara gading kelak.
Selaras Tema Merdeka 2025: Malaysia MADANI Rakyat Disantuni

Seiring dengan tema rasmi Merdeka pada kali ini iaitu Malaysia MADANI Rakyat Disantuni, Dato’ Seri Norliza mengingatkan orang ramai mengenai pentingnya kebajikan masyarakat dalam semua aspek baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
PTPTN pula sentiasa ambil peranan sebagai pemangkin kejayaan dengan beri peluang pendidikan tinggi yang adil tanpa kira latar belakang. Terbaik bukan?
Apa Kata Mereka Yang Hadir ke Jelajah Aspirasi Malaysia 2025
Jelajah Aspirasi Malaysia 2025 edisi Pulau Pinang berjaya menjemput orang ramai untuk turut sama hadir memeriahkan majlis. Berikut merupakan respon orang ramai daripada beberapa kelompok mengenai atur cara yang berlangsung.
Apa pendapat anda mengenai program Jejalah Aspirasi Malaysia 2025 yang dijalankan ini?

“Program Jelajah Aspirasi Malaysia memang sangat wajar diadakan dalam memupuk semangat patriotik dan kemerdekaan khususnya buat kanak kanak di sekolah. Selain itu, program seperti ini sememangnya wajar diteruskan” – respon daripada Aswad yang hadir ke Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025.
Sebagai ibu, adakah anda membuat perancangan kewangan untuk tabungan anak?

‘Saya sememangnya membuat simpanan buat anak menerusi Simpan SSPN. Langkah yang selesa saya gunakan adalah membuat potongan wang secara bulanan sekaligus memastikan Simpan SSPN buat anak kekal konsisten.’ – Alia.
Adakah anda berpuas hati dan seronok dengan program yang berlangsung?

“Program seperti ini sangat wajar diadakan kerana para pelajar dapat berhibur malah dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kemerdekaan negara.” – respon ringkas daripada Sofea selaku salah seorang peserta Program Jelajah Aspirasi Malaysia 2025.
Menabung Awal, Hidup Senang Kemudian
Khas buat ibu bapa yang tengah fikir pasal masa depan anak-anak, Simpan SSPN sememangnya pilihan yang bijak. Pelbagai manfaat yang boleh dinikmati khususnya buat ibu bapa serta anak-anak:
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun
- Perlindungan takaful untuk pendeposit
- Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 untuk keluarga layak
- Kadar dividen kompetitif
- Dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah
Selain ajak menabung, PTPTN juga buka ruang rundingan untuk peminjam yang ada masalah bayar balik hutang..
Melalui penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh pilih pelan pembayaran yang lebih fleksibel ikut kemampuan kewangan masing-masing.
Dalam erti kata lain, tak perlu lari, tak perlu takut sebab ada #PTPTNBolehBincang.
Merdeka Kewangan, Merdeka Masa Depan

Sempena sambutan kemerdekaan ke-68 tahun ni, PTPTN menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk sama-sama merdeka daripada beban kewangan.
Caranya mudah sahaja iaitu menabung awal untuk anak-anak dan bertanggungjawab bayar balik pinjaman. Melalui cara yang tampak simple ini, dana pendidikan negara akan kekal lestari untuk generasi akan datang. Ayuh, merdekakan diri daripada beban kewangan!
The post PTPTN Sahut Semangat Merdeka: Ajak Masyarakat Merdeka Dari Belenggu Kewangan Dengan Menabung Awal! first appeared on OHBULAN!.





