27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Ariffin Kongsi Maksud Orang Ketiga – ‘Boleh Jadi Sesiapa Sahaja, Sama Ada Dikenali Atau Tidak’

    Shopee Sale



    Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin berkongsi tentang maksud orang ketiga dalam perkahwinan.

    Perkongsian Nora

     

    View this post on Instagram

    A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

    Menerusi hantaran di Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin memuat naik maksud orang ketiga menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

    Orang ketiga boleh jadi sesiapa sahaja sama ada orang yang dikenali atau tidak.

    Boleh jadi melibatkan ahli keluarga sendiri sama ada ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, anak kandung, anak tiri dan sebagainya.

    Boleh jadi juga bekas kekasih suami atau isteri. Barangkali juga melibatkan kekasih gelap suami atau isteri.

    Boleh melibatkan orang luar

    Menurut sumber tersebut, orang ketiga juga boleh melibatkan individu bukan daripada keluarga sendiri.

    Mungkin juga melibatkan orang luar seperti jiran, rakan sekerja, alumni sekolah, majikan dan sebagainya.

    Pada Isnin, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

    MENARIK:  ‘Di Sebalik Jubah’ Papar Kisah Kesucian Yang Dijual Atas Nama Agama

    Sebelum itu, pelantun lagu Naluri tersebut mengejutkan ramai apabila memuat naik video yang memaparkan Rushdi sedang melafazkan talak kepadanya pada Ogos tahun lalu.

    Dalam masa yang sama, Nora mendakwa lafaz cerai tersebut dilakukan atas desakan pihak lain. Bagaimanapun, selepas sebulan pasangan itu kembali rujuk.

    Untuk info, pada 3 Disember 2021, Nora sah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah