28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bila Nama Datang Dengan Ekspektasi, Zaki Yamani Pilih Buktikan Bakat

    Shopee Sale

    Ada sesetengah penyanyi bermula dengan perlu memperkenalkan nama kepada orang ramai. Ada pula yang masuk ke industri dengan nama yang sudah terlebih dahulu membawa satu set jangkaan.

    Bagi Zaki Yamani, perbandingan bukan sesuatu yang asing.

    ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani Sertai Sony Music Malaysia, Bakal ‘Explore’ Pasaran Serantau – ‘Peluang Ini Langkah Penting Dalam Kerjaya Saya’

    ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani Hairan Jamal Abdillah Tahu Gosip Dengan Azeva, Pesan Fokus Kerjaya – ‘Rupanya Ayah Dah Pandai Main TikTok’

    Tak Mahu Hidup Dalam Perbandingan

    Sejak mula membina kerjaya sebagai penyanyi, namanya sering dikaitkan dengan latar keluarga yang sudah dikenali dalam industri. Namun pada usia 20 tahun, Zaki memilih untuk tidak melihat perkara itu sebagai tekanan yang perlu dilawan setiap masa.

    Sebaliknya, dia lebih selesa membiarkan bakat dan perjalanan kerjanya sendiri menjadi ukuran.

    “Saya terima sahaja sebab itu memang kenyataan yang ada. Saya tak rasa tertekan.

    “Bos saya di syarikat rakaman baharu sendiri pernah cakap saya diterima sebab saya ada bakat sendiri dan saya boleh menyanyi. Jadi saya akan terus usaha perbaiki bakat dan tak mahu terlalu ikut apa orang cakap,” katanya.

    Bagi Zaki, mungkin mustahil untuk menghalang orang daripada membuat perbandingan.

    Namun yang masih boleh dikawalnya adalah bagaimana dia membina kerjaya sendiri selepas itu.

    Daripada pemilihan lagu, kerjasama muzik sehinggalah keputusan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman, Zaki kini semakin jelas dengan apa yang dimahukan sebagai penyanyi.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    Sebelum menyertai Sony Music Malaysia, Zaki mengakui sudah lama bergerak secara independent selepas meninggalkan label terdahulu.

    Dalam tempoh tersebut, beberapa syarikat rakaman lain pernah mendekatinya.

    Namun dia tidak terus menerima hanya kerana tawaran itu datang.

    “Ada beberapa label yang datang dan kami pernah berjumpa. Tapi masa itu saya masih belum ada kepercayaan untuk sign.

    “Banyak perkara yang saya kena fikir, mungkin daripada segi percentage, perancangan pengurusan artis dan juga hala tuju muzik saya sendiri.

    “Takkan saya nak nyanyi lagu orang lain sahaja. Saya kena fikir juga lagu untuk diri sendiri,” jelasnya.

    Datang Dengan Perancangan Yang Lebih Meyakinkan

    Keputusan Zaki akhirnya berubah selepas melihat perancangan yang dibentangkan Sony Music.

    Menurutnya, keyakinan itu bukan semata-mata datang daripada nama besar syarikat rakaman tersebut, tetapi cara Sony menyusun hala tuju kerjayanya.

    “Sony berjaya beri saya trust. Perancangan mereka pun buat saya tertarik untuk bersama mereka.

    “Mereka bentangkan idea dan perancangan yang saya rasa lebih sesuai dengan perjalanan kerjaya saya,” katanya.

    Zaki kini menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Sony Music Malaysia.

    Langkah itu juga membuka ruang untuk dia kembali membina kerjaya secara lebih tersusun selepas satu tempoh bergerak sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] Aisyah Hijanah Umum Hamil Anak Keempat, Reaksi Alif Teega Buat Ramai Terhibur – ‘Dia Yang Buat, Dia Pula Terkejut’

    Pada Usia 20 Tahun, Sudah Belajar Memilih

    Apa yang menarik, Zaki juga tidak lagi melihat setiap peluang sebagai sesuatu yang mesti diterima.

    Selain tawaran muzik, dia pernah menerima peluang berlakon namun memilih untuk menolak apabila jadual bertembung dengan komitmen nyanyian.

    Baginya, mengambil terlalu banyak pekerjaan dalam satu masa juga boleh menyebabkan dirinya tidak mempunyai ruang untuk berehat.

    “Buat masa sekarang memang fokus saya pada nyanyian.

    “Kalau ada tawaran berlakon yang sesuai selepas ini, saya nak cuba. Tapi kalau jadual bertembung dan sampai tak ada masa rehat, saya kena fikir juga,” katanya.

    Pada satu sisi, keputusan itu menunjukkan Zaki kini bukan sekadar mahu berada di mana-mana ruang yang menawarkan peluang. Dia sudah mula memilih apa yang sesuai dengan arah yang mahu dibina.

    Keluarga Masih Jadi Tempat Berpaut

    Walaupun semakin bebas menentukan perjalanan sendiri, Zaki tidak menafikan keluarga masih memainkan peranan penting.

    Dia menggambarkan ibunya sebagai seorang yang sentiasa memantau sejak kecil, tetapi bukan dalam bentuk mengongkong.

    Sebaliknya, pesanannya lebih kepada memilih pergaulan dan membawa diri dengan baik.

    “Mak saya daripada dulu memang pantau, tapi bukan mengongkong.

    “Dia selalu pesan supaya berkawan dengan orang yang elok dan berhati-hati. Sekarang saya dah besar, dia bagi saya peluang untuk fikir dan nilai sendiri,” katanya.

    Zaki turut mengakui bangga dengan pengorbanan ibunya yang selama ini sering hadir memberi sokongan pada persembahan dan perjalanan kerjayanya.

    Kini, apabila dirinya semakin dewasa, dia pula mahu memberikan lebih banyak ruang untuk ibunya berehat.

    Bab Baharu Bersama Syarikat Rakaman

    Zaki ditemui pada majlis menandatangani perjanjian bersama Sony Music Malaysia yang menandakan fasa baharu dalam perjalanan muziknya.

    Menurut kenyataan rasmi, penyertaannya bersama Sony membuka ruang untuk dia mengembangkan bakat, meneroka pendekatan muzik baharu serta memperluaskan jangkauan kerjaya ke pasaran Asia Tenggara.

    Antara perancangan seterusnya termasuk kerjasama dengan beberapa penerbit muzik dari Indonesia bagi menghasilkan karya baharu, sekali gus membawa sentuhan serantau dalam projek akan datang.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    Sony Music turut melihat kerjasama itu sebagai usaha membina perjalanan Zaki secara lebih menyeluruh, bukan sekadar memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia tetapi memperkenalkan muzik dan identitinya kepada pendengar di rantau ini.

    Bagi Zaki sendiri, peluang tersebut dianggap satu langkah penting untuk terus belajar dan membina kerjaya nyanyian.

    Dalam dunia hiburan, nama mungkin mampu membuat seseorang lebih cepat diperhatikan. Tetapi selepas perhatian itu datang, tetap ada satu perkara yang perlu dibuktikan sendiri.

    Sama ada seseorang itu mampu berdiri kerana bakat, pilihan dan kerja yang dibina atas namanya sendiri.

    The post Bila Nama Datang Dengan Ekspektasi, Zaki Yamani Pilih Buktikan Bakat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah