27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Puji Kerajinan Pembantu Rumah Belajar Daripada Kesilapan – ‘Pernah Rosakkan Baju Saya Yang Baru Beli’

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Anzalna Nasir memilih untuk memberikan layanan terbaik kepada pembantu rumahnya kerana percaya setiap insan yang bekerja keras demi mencari rezeki halal wajar dihargai.

    Artikel Berkaitan: ‘Setiap Tahun Ibu Pesan Dekat Anak-Anak Jangan Belikan Dia Apa-Apa, Mahu Kami Simpan Duit’ – Anzalna Nasir

    Artikel Berkaitan: Sebak Kenang Nasib Golongan Susah, Anzalna Nasir Ambil Inisiatif Bantu Keluarga Memerlukan – ‘Boleh DM Atau Maklumkan’

    Pembantu rumah

    Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, mengakui bukan mudah untuk membimbing pembantunya pada peringkat awal.

    Namun, segala usaha dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil apabila mutu kerja pembantunya semakin menunjukkan peningkatan.

    Baru dua bulan kerja, banyak benda yang saya ajar dia. Alhamdulillah nampak banyak perubahan.

    Awal-awal dulu agak mencabar tapi saya nampak dia betul-betul bersungguh nak belajar dan nak buat kerja dengan baik.

    Meskipun sering melakukan kesilapan namun Anzalna berkata dia tetap memberi peluang kepada pembantunya itu untuk belajar menjadi lebih baik.

    MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Terharu, Suami Guna ATV Hadiah Hari Lahir Untuk Bantu Mangsa Banjir – ‘Nak Ambil Warga Emas Ke Pusat Pemindahan’

    Jelas Anzalna, dia tidak berkira tentang makanan dengan pembantunya, asalkan mereka menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan.

    Dia pernah rosakkan baju-baju saya yang saya baru beli, rosakkan mesin sofa, pecahkan bingkai gambar dan banyak lagi.

    Bagi saya semua orang belajar daripada kesilapan. Sentiasa bagi dia peluang sebab fikir dia mencari rezeki.

    Hasil daripada layanan baik dan keikhlasannya, Anzalna berkongsi bahawa bekas pembantu rumahnya turut menghubunginya semula untuk kembali bekerja dengannya.

    Pembantu lama saya hubungi saya semula, cakap nak datang Malaysia kerja dengan kami balik.

    Macam mana ni…dia pun bagus juga sebab hasil bawah jagaan saya.

    Sumber: Instagram

    The post Anzalna Nasir Puji Kerajinan Pembantu Rumah Belajar Daripada Kesilapan – ‘Pernah Rosakkan Baju Saya Yang Baru Beli’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah