29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kajian UIA didakwa tak ‘konsisten’, MP tetap mahu p’raya Datuk Bandar

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa terdapat beberapa percanggahan dalam kajian Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menolak pelaksanaan pilihan raya tempatan bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Lim berkata laporan yang didedahkan kepada umum tiga hari lalu itu mengemukakan cadangan yang bercanggah apabila menyarankan Majlis Menteri Wilayah menggubal undang-undang kecil dan peraturan DBKL.

    “Pada halaman 321, laporan menyatakan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 tidak perlu dipinda. 

    “Pada halaman 326 pula, laporan menyatakan ahli parlimen tidak diberikan kuasa pentadbiran secara langsung. 

    “Namun, pada halaman 327 hingga 328, laporan mencadangkan Majlis Menteri Wilayah memainkan perananan seperti Dewan Undangan Negeri serta menggubal undang-undang kecil, peraturan dan kaedah untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    “Ketiga-tiga pendirian ini jelas tidak selaras,” kata Lim yang menolak dapatan laporan berkenaan.

    Ahli parlimen DAP itu berkata, Akta Kerajaan Tempatan memberi kuasa kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menggubal undang-undang kecil yang akan berkuat kuasa selepas diluluskan menteri bertanggungjawab dan diwartakan.

    Bagaimanapun, dia berkata kuasa itu tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana pihak.

    Lim menegaskan Majlis Menteri Wilayah Persekutuan juga tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan dan paling hanya boleh berfungsi sebagai badan pentadbiran atau perundingan.

    MENARIK:  PH sah tak tanding PRK DUN Mahkota, beri laluan pada BN

    Malaysiakini telah menghubungi UIA dan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh untuk mendapatkan ulasan.

    Dalam kenyataannya, Lim turut mengulangi gesaan supaya pilihan raya tempatan dilaksanakan di Kuala Lumpur.

    Dia berkata Parlimen mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pengundian Datuk Bandar dan ahli majlis melalui pilihan raya.

    “Kuala Lumpur tidak mempunyai ADUN atau ahli majlis. Tugas ahli parlimen adalah di peringkat Persekutuan. 

    “Kuala Lumpur masih memerlukan wakil tempatan yang dipilih untuk memantau urusan harian DBKL, termasuk peranancangan bandar, pembangunan, pelesenan, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan,” kata Lim.

    Dia menggesa kerajaan meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi membuka laluan kepada penubuhan Majlis Bandar Raya Kuala Lumpur, dengan majoriti ahlinya dipilih oleh rakyat, sambil mengekalkan dua penama Sultan Selangor.

    Bulan lalu, dilaporkan bahawa kajian UIA menasihatkan kerajaan persekutuan supaya tidak mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

    Kajian itu juga menolak cadangan ahli parlimen Kuala Lumpur supaya ahli majlis dilantik.

    Susulan itu, Lim menggesa supaya laporan berkenaan didedahkan kepada umum.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah