Pelakon, Hun Haqeem mengakui terbit keinginan untuk berkahwin selepas melihat ramai rakan selebriti yang berkongsi kebahagiaan dan keindahan mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Puji Hun Haqeem Tak Tinggal Solat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hun Haqeem Raih Pujian, Tegur Aurat Peminat Sebelum Bergambar – ‘Bagusnya Dia, ’Dah La Hensem’
Keindahan perkahwinan

Hun, 27, berkata, perasaan itu timbul ketika melihat rakan artis yang hadir ke set penggambaran drama Mandul Bukan Pilihan bersama keluarga masing-masing.
Boleh dikatakan setiap hari di set penggambaran Mandul Bukan Pilihan, saya bersama mereka (pelakon), saya rasa macam nak kahwin esok juga. Sebab saya tengok mereka gembira dan kadang-kadang berbual tentang anak.
Semua pun begitu, Ashraf Muslim, Mira Filzah, Ayda Jebat, semuanya cerita pasal ‘baby’. Jadi secara jujurnya, itulah keindahannya.
Ya saya rasa mahu berkahwin dan saya rasa generasi baru sekarang ini kena rasa perasaan itu kerana inilah keindahan perkahwinan. Perkahwinan tak hanya penuh kemanisan tapi kesusahan juga sesuatu yang indah.
Hun berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan yang diadakan di ibu kota pada Rabu.
Berkongsi mengenai proses penggambaran, Hun berkata, dia tidak berdepan dengan sebarang cabaran besar kerana setiap barisan pelakon memberikan energi yang positif dan sangat profesional.
Sudah tentu kita ada batasan dalam lakonan dan Alhamdulillah kita ada abang Osman Ali sebagai pengarah di set jadi kami serahkan kepadanya bagaimana mahu menggarap cerita ini.
Kita sebagai pelakon kena sedar ruang dan waktu, jadi kita kena profesional di set. Jadi saya diberikan bergandingan dengan pelakon profesional dan saya merasakan barisan pelakon dalam drama ini sangat hebat.
Masing-masing tahu kerja masing-masing dan kita tahu mereka juga ada magis sendiri. Itu sebab masing-masing ada nama yang dikenali. Bekerjasama dengan mereka, adalah pengalaman yang berharga.
The post Hun Haqeem Tak Sabar Nak Ada Isteri, Seronok Dengar Ayda Jebat & Mira Filzah Cerita Fasal ‘Baby’ first appeared on OHBULAN!.





