34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesan Jangan Main Perasaan Wanita, Alif Satar Tak Tuju Pada Sesiapa – ‘Tak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Ataupun Mati’

    Shopee Sale



    alif satar kapsyen

    Sebelum ini, nama selebriti versatil, Alif Aziz pernah terpalit dengan isu curang dalam kalangan selebriti dan juga personaliti media sosial berikutan berkongsi nama yang sama.

    Penjelasan Alif

    alif satar kapsyen

    Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, memberi penjelasan apabila disoal mengenai kapsyen yang ditulis pada hantaran Instagram (IG) tentang memainkan perasaan wanita.

    Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, idea untuk menulis kapsyen tersebut tercetus secara spontan namun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

    Tak ada kena mengena dengan senario orang yang masih hidup ataupun yang telah mati.

    Tulis kapsyen Instagram je pun sebab saya main banyak sukan. Berbasikal, berenang, berlari, main tennis, main golf tiba-tiba posting main bola.

    Saja-saja tulis kapsyen, ‘biar main bola tapi jangan main perasaan perempuan’.

    Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Kumandang yang berlangsung di W Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  Watie Kongsi Tak Alami Alahan Waktu Hamil – ‘Sampai Saya Asyik Fikir Betul Ke Dalam Perut Ada Baby’

    Sementara itu, Alif tidak pernah mengambil serius usikan warganet apabila mereka mengaitkan namanya dengan kontroversi curang.

    Tak ada. Netizen ni gurau kasar. Saya tak pernah ambil serious. Mereka suka menyakat.

    Pelantun lagu Anugerah Terindah itu kini menjadi antara artis contoh kerana keperibadiannya yang membawa aura positif kepada masyarakat.

    Dalam masa yang sama, para peminat turut mengaguminya kerana aktor tersebut jarang dikaitkan dengan kontroversi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah