Pelawak Shuib Sepahtu tampil memberi respon susulan kontroversi membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Tunjuk Resit Bayar Zakat Cecah RM300k Setahun – ‘Mana Mungkin Hak Orang Aku Nak Ambil’
Artikel Berkaitan: Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’
Shuib beri penjelasan

Menerusi hantaran video di Instagram, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 42, mengakui melalui tempoh yang sangat sukar kerana bukan dirinya sahaja dikecam malah isteri dan anak-anak turut terkena tempias.
Saya diperli, saya dimaki, saya dihina, dikecam dan ianya bukan saja berlaku kepada saya, tapi ianya melibatkan juga isteri saya Wati, anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya.
Posting Jep dibuat pada 8 Oktober san saya nak maklumkan yang tak sampai 24 jam saya telah pun WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya dan juga Mamat menyindir dia di Dols Podcast episod bersama dengan Azlee Senario.
Saya kira dia telah pun terima WhatsApp tersebut dan mungkin telah membacanya, wallahualam. Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali, dan saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan di atas kekhilafan saya dalam berkata-kata.
Dalam video sama, Shuib turut menjelaskan perkembangan bayaran ansuran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh syarikat Bubblebee.
Saya ingin nyatakan tentang EPF di mana sekarang ini alhamdulillah Bubblebee telah pun membuat bayaran ansuran selama 10 bulan kepada KWSP bermula bulan 1 2026 sampailah sekarang dan insya-Allah akan berbaki lagi 14 bulan.
Pada masa sama, Shuib memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya dalam podcast berkenaan.
Saya sedar saya manusia yang tidak sempurna, selalu berbuat salah, selalu berbuat dosa. Jadi saya mohon maaf, saya mohon maaf, saya mohon maaf di atas kekhilafan saya.
Dia turut memaafkan individu yang mengecam, menghina atau memfitnah dirinya serta keluarga.
Shuib harap netizen henti kecam
View this post on Instagram
Malah, Shuib merayu orang ramai supaya menghentikan segala andaian, kecaman dan fitnah yang turut melibatkan isterinya, anak-anak serta perniagaan yang diusahakan.
Saya anggap ini adalah ujian dan balasan di atas kekhilafan saya yang telah pun saya lakukan.
Sepah Penyet, Bubblebee, Nusara Foods, Sambal Hitam adalah perniagaan yang sah, halal dan inilah dia sumber pendapatan keluarga saya sekarang.
Dan inilah yang saya jalankan sekarang untuk membayar segala hutang syarikat iaitu Bubblebee. Janganlah kerana marahkan saya, isteri, anak-anak dan keluarga saya terlibat.
Mereka tidak bersalah, saya yang bersalah dalam perkara ini. Janganlah juga kerana benci kepada saya, perniagaan saya diboikot, sedangkan perniagaan saya sah dan halal.
Dalam pada itu, Shuib turut membuat permohonan maaf kepada Jep dan berharap agar hubungan mereka kembali jernih.
Aku minta maaf, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atas kekhilafan aku dan juga keegoan aku dan aku halalkan segala-galanya.
Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama ini.
Selama kita bekerjasama, susah senang yang kita pernah lalui, kejayaan yang pernah kita capai, dan ianya akan aku simpan sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.
Aku doakan kau Allah mudahkan segala urusan kau dan juga keluarga engkau, isteri engkau Sari Yanti, anak-anak engkau,, Allah mudahkan, Allah rahmat dunia dan akhirat.
Semoga Allah akan uruskan segala permasalahan kita dengan baik.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Shuib Mohon Maaf Kepada Jep, Rayu Netizen Henti Kecam Keluarga – ‘Saya Manusia Tidak Sempurna’ first appeared on OHBULAN!.





