
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga waktu terbaik untuk memperbaiki diri dan membentuk tabiat yang lebih baik.
Jujur cakap, bangun awal untuk sahur bukanlah sesuatu yang mudah. Rasa malas, mengantuk dan kadang-kadang terus tertidur semula – siapa yang pernah alami situasi ini?
Nasib baik ada Dutch Lady! Sebagai jenama susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady memahami cabaran kita semua dalam menjalani Ramadan dengan penuh semangat.
Sebab itu, tahun ini mereka hadir dengan kempen Hidupkan Semangat Ramadanmu, bersama Bekpes Wake Up Call Hot FM! Memang havoc gila!
Sahur penuh keceriaan dengan Bekpes Wake Up Call Hot FM
View this post on Instagram
Bayangkan tengah syok tidur, tiba-tiba telefon berdering dengan suara penyampai radio Hot FM yang ceria! Itulah yang dialami oleh pemenang bertuah Bekpes Wake Up Call, yang menerima kejutan panggilan sahur daripada Hot FM bersama Dutch Lady.
Selain dapat wake-up call yang penuh energy, mereka juga berkongsi pengalaman menarik tentang Ramadan mereka kali ini.
Seorang pemenang, Nani, berkongsi, “Ketika Hot FM call, saya sedang bekerja di hospital. Memang terus bersemangat apabila menerima panggilan tersebut.
“Menu sahurnya adalah susu dan roti. Susu Dutch Lady memang bantu kekalkan tenaga sepanjang hari.”
Dutch Lady & Bekpes Hot belanja sahur!

Tak cukup dengan wake up call, Hot FM dan Dutch Lady juga menganjurkan Sahur On-Ground Event yang super meriah! Pada 22 Mac 2025, Bekpes Hot bersama KJ turun padang ke sebuah restoran, Mali’s Corner untuk belanja sahur kepada 100 tetamu!
Lebih best, Dutch Lady turut hadir untuk memeriahkan suasana, bersembang dengan orang ramai dan berkongsi pengalaman Ramadan mereka.

Bermula dari 2 pagi hingga 4 pagi, acara ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga membawa semangat kebersamaan yang sejati.
Dengan suasana yang penuh kemeriahan, pastinya sahur kali ini akan menjadi kenangan manis buat semua yang hadir.
Kenapa sahur dengan Dutch Lady?

Selain memberi kejutan wake-up call yang penuh semangat, Dutch Lady juga mengingatkan kita tentang kepentingan pemakanan sihat semasa Ramadan.
Susu Dutch Lady kaya dengan nutrisi penting seperti kalsium dan vitamin D3, yang penting untuk kekuatan tulang dan tenaga sepanjang hari.
Lebih menarik, tahun ini Dutch Lady turut memperkenalkan perisa edisi terhad Ramadan iaitu Ros Bandung dan Kurma yang bukan sahaja sedap tetapi juga kaya dengan nutrisi!

Jadi, kalau nak kekal bertenaga waktu puasa, jangan lupa masukkan segelas susu Dutch Lady dalam rutin sahur korang.
Dengan semangat Ramadan yang makin membara, Dutch Lady terus komited untuk membantu rakyat Malaysia menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga dan ceria.
Tak kira bangun sahur dengan penuh semangat atau sekadar menikmati segelas susu sebelum tidur, yang penting kita semua terus berusaha menjadi versi terbaik diri kita.
Nak tahu lebih banyak aktiviti menarik daripada Dutch Lady? Jangan lupa follow mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.





