Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan berhampiran Jalan Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis malam.
Suami didakwa bunuh isteri

Mangsa berusia 35 tahun dipercayai dibunuh suaminya yang kemudiannya menyerah diri di balai polis selepas kejadian.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala maklumat lanjut akan dimaklumkan pada Jumaat.
Terdahulu, seorang lelaki dipercayai suspek dibawa polis ke kediaman yang menjadi lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan bergari.
Lelaki itu dilihat keluar dari kediaman berkenaan kira-kira 20 minit kemudian.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian
The post Pegawai Kastam Ditemui Maut Di Kuarters, Suami Serah Diri first appeared on OHBULAN!.





