27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kau Sahabat Kau Teman’ Kembali Viral, Hijjaz Tak Kisah Jadi Lagu Pilihan Geng Motor

    Shopee Sale

    Kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz sama sekali tidak menyangka lagu Kau Sahabat Kau Teman akan kembali tular dan digunakan oleh orang ramai di media sosial bagi mengenang pemergian insan tersayang.

    Artikel Berkaitan: Anak Munif Hijjaz Teruskan ‘Perjalanan’ Legasi Nasyid

    Artikel Berkaitan: ‘Ina Saya Dah Anggap Macam Adik ‘ – Isman Hijjaz

    Tular kembali

    Ketika ditemui , salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Isman Nadim Isam berkongsi mengenai kisah di sebalik lagu tersebut yang merupakan hasil ciptaan Munif Ahmad.

    Menurut Isman, Kau Sahabat Kau Teman adalah sebuah lagu yang dicipta khusus buat ahli kumpulan mereka iaitu Allahyarham Mohd Salleh Ramli yang menghembuskan nafas terakhir pada 2001.

    Selain itu dalam Hijjaz Records, ada dua, tiga orang yang sudah meninggal dunia. Jadi lagu (Kau Sahabat Kau Teman) itu bertujuan untuk mengenang semua mereka yang dekat dengan kami.

    Sebenarnya selepas arwah Salleh tiada, kami diberi tanggungjawab untuk ‘battle’ iaitu masing-masing kena buat lagu. Siapa siap dulu, lagu dia akan dipilih. 

    Hijjaz ambil cabaran ini kerana selain menyanyi, kami juga adalah komposer. Alhamdulillah kami ada kebolehan itu, tapi Munif berjaya siapkan lagu ini dulu.

    Lagu ini bertujuan untuk mengenang jasa dan ikatan seseorang dengan kita. Kenangan itu sentiasa hidup dengan lagu. Bila lagu itu keluar, kami terus ingat arwah. 

    Isman berkata demikian ketika temui pada sidang media Konsert Rindu Sumayyah Hijjaz yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘No, Jangan Upload!’ – Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend Video Joget Dengan Keluarga Di Media Sosial

    Tambah Isman, mereka juga menerima dengan terbuka apabila lagu tersebut juga sering kali digunakan oleh golongan yang terlibat dalam aktiviti pemotoran.

    Dalam masa sama, Hijjaz turut percaya lirik yang dihasilkan boleh memberi kesan terhadap pendengar.

    Tapi tak sangka pula tiba-tiba lagu ini jadi macam lagu tema geng pemotoran apabila membabitkan kematian penunggang motosikal seperti himpunan RXZ Members. 

    Setiap kali ada kematian penunggang motosikal maka lagu ini pasti digunakan. Sebenarnya lagu ini dihasilkan sebagai hadiah untuk semua orang yang rasa kehilangan. Itu sebabnya tajuk sebegitu.

    Apa pun tak kisahlah digelar lagu ‘Mat Rempit’, janji makna lagu itu baik. Ia mengajak kita mendoakan yang terbaik dan reda dengan ketentuan takdir.

    The post [VIDEO] ‘Kau Sahabat Kau Teman’ Kembali Viral, Hijjaz Tak Kisah Jadi Lagu Pilihan Geng Motor first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah