Pelawak Jep Sepahtu, tampil memberikan respon terhadap video permohonan maaf daripada Shuib yang baharu sahaja dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
Artikel Berkaitan: Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan Jep Sepahtu Untuk Rakan Sekerja Bikin Netizen Terharu – ‘Di Hari Terakhir Dapat Dengar Nama Shuib’
Respon Jep

Menerusi hantaran di Threads, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan seperjuangannya itu.
Aku pun minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.
Menurut Jep, tindakan tersebut diambil berikutan kenyataan Shuib di dalam sebuah podcast sebelum ini yang didakwa sebagai fitnah terhadap dirinya.
Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku.
Ini bukan fasal sindir, ini fasal fitnah.
Terdahulu, Shuib tampil memohon maaf di atas kesalahannya kerana didakwa menyindir Jep di dalam sebuah episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.
Shuib memaklumkan isu berkenaan turut memberikan impak buruk kepada isteri, anak-anak dan perniagaannya.
Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib dan Mamat yang didakwa membangkitkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka dan meminta dua pelawak itu untuk berhenti menggunakan sentimen persahabatan sebagai konten.
Sumber: Threads
The post Jep Beri Respon Permohonan Maaf Shuib – ‘Ketika Kau Keluarkan Video Ini, Aku Telah Ambil Tindakan Undang-Undang’ first appeared on OHBULAN!.





