27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah

    Shopee Sale

    Peminat tidak melepaskan peluang untuk meraikan hari bahagia Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq dan pasangannya, Bella Astillah dengan memberikan enam hadiah istimewa.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq & Bella Astillah Anjur Majlis Khas Buat Peminat Selepas Nikah, Tuai Pujian Ramai

    Artikel Berkaitan: Tak Lekang Dengan Buku Nota, Gelagat Syed Saddiq Curi Perhatian Netizen – ‘YB Nak Catat Apa Tu?’

    6 hadiah istimewa

    View on Threads

    Menerusi perkongsian TeamBassOfficial (TBO) di Threads, enam hadiah istimewa itu merupakan hasil kutipan BASSties dari seluruh negara, yang antaranya merangkumi sumbangan berbentuk kebajikan.

    Menurut TBO, mereka memilih untuk memberikan hadiah selain barangan elektrik atau keperluan rumah kerana yakin Syed Saddiq dan Bella mampu memilikinya sendiri.

    Hasil kutipan bersama BASSties dari seluruh negara, kami bahagikan hadiah-hadiah itu kepada 6.

    Kami ambil keputusan untuk beri hadiah selain daripada barangan elektrik atau barangan rumah kerana kami yakin YB dan Bella sangat mampu untuk memilikinya sendiri.

    Hadiah pertama, pusat perlindungan haiwan. Sumbangan 3 sqft tanah kepada PAWS Animal Shelter bagi membantu pembinaan tempat perlindungan haiwan yang baharu.

    Hadiah kedua, sumbangan makanan. Sumbangan makanan kepada Rumah Anak Yatim & Asnaf Baitun Nurrawdhah.

    Hadiah ketiga, wakaf telaga di Guinea. Wakaf telaga atas nama YB, Bella dan T.B.O. Semoga setiap titisan air yang mengalir menjadi amal jariah dan pahala yang berpanjangan buat mereka.

    Hadiah keempat, Bass Family di atas plat emas 999.

    Hadiah kelima, buku skrap cerita cinta, edisi kedua. Sambungan kisah yang menyimpan momen, cerita dan kenangan perjalanan cinta BASS.

    Hadiah terakhir, ucapan tahniah melalui billboard.

    Pada hantaran yang sama, TBO berharap setiap hadiah yang diberikan dapat menjadi bukti sokongan dan doa ikhlas peminat terhadap kebahagiaan pasangan berkenaan.

    Kami mungkin hanya sebahagian kecil daripada perjalanan BASS, tetapi kami berharap setiap hadiah ini dapat menjadi bukti bahawa di sebalik setiap sokongan, ada hati yang ikhlas menyayangi dan mendoakan kebahagiaan mereka.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Hidap Strok Terpaksa Turun 54 Anak Tangga Secara Mengundur Setiap Hari – ‘Dia Hanya Bergantung Dengan Tangan Kanan’

    The post Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah