27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Lah Sebak Anak Kedua Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran – ‘Satu Doa Yang Saya & Keluarga Nantikan’

    Shopee Sale

    Pendakwah, Ustaz Lah meluahkan rasa syukur dan sebak apabila anak perempuan keduanya, Nur Aufa berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran, sekali gus mengikut jejak langkah kakaknya bergelar hafizah.

    Artikel Berkaitan: Ustaz Lah Beri Peringatan Awal Rebut Lailatul Qadar – ‘Malam Ini Malam Pertama Ramadan Ganjil’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Lah Kongsi 4 Amalan Terbaik Yang Boleh Dilaksanakan Pada Hari Jumaat Di Bulan Ramadan

    Dia bertahan

    Menerusi satu perkongsian di Tiktok, Abdullah Abdol Razak atau lebih dikenali sebagai Ustaz Lah menjelaskan bahawa kejayaan itu merupakan doa yang dinantikan oleh dirinya dan seluruh keluarga selepas melihat kesungguhan Asiah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang proses menghafaz Al-Quran.

    Dia dapat khatam Al-Quran.

    Satu doa yang saya dan keluarga nantikan.

    Ustaz Lah turut mendedahkan bahawa perjalanan Asiah menghafaz Al-Quran bukanlah mudah apabila anaknya itu beberapa kali meluahkan hasrat untuk berhenti akibat berdepan pelbagai kesukaran.

    Bagaimanapun, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Asiah agar terus bertahan dan tidak berputus asa sehingga berjaya menamatkan hafazan.

    Asiah bukan seorang yang mudah sebenarnya, tapi dia bertahan.

    Ada berapa kali dia cakap yang dia nak berhenti. Dia tak nak belajar, tak nak berulang hafalan

    Sekali dia duduk dekat sini, dia kena khatam sampai habis. Tak kisahlah kau berjaya ke, susah ke, senang ke

    Tambahnya, Asiah juga pernah mengadu mengenai kesukaran yang dihadapi sepanjang pengajian, termasuk berdepan masalah dan merasakan dirinya kurang mendapat sokongan.

    Kadang-kadang dia mengadu susah, ada yang tak sokong, ada masalah. Mana-mana sekolah pun macam tu.

    Jadi kalau kita dah dekat sini, kekalkan untuk teruskan dekat sini.

    Jangan kau nak cari tempat yang lebih selesa. Kerana Al-Quran itu bukannya mudah.

    Kejayaan Asiah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran bukan sahaja menjadi detik bermakna buat seluruh keluarga, malah membuktikan bahawa ketabahan dan kesungguhan mampu membantunya mengatasi cabaran sehingga berjaya mengulangi pencapaian kakaknya.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia Untuk 10 Tahun Berturut – ‘Satu Penghargaan Atas Usaha Untuk Agama’

    Sumber: Tiktok

    The post Ustaz Lah Sebak Anak Kedua Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran – ‘Satu Doa Yang Saya & Keluarga Nantikan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah