Pelakon Siti Khadijah menjelaskan hubungannya dengan aktor, Amir Ahnaf hanyalah sebagai rakan industri.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terlalu ‘Shipping’ Kami, Nanti Kapal Tak Berlabuh Korang Juga Sedih’ – Siti Khadijah
Artikel Berkaitan: Daripada Pelakon Tambahan Sampai Jadi Leading Lady, Kenapa Siti Khadijah Halim Tak Mahu Terperangkap Dengan Status Heroin?
Siti Khadijah nafi bercinta dengan Amir Ahnaf

Ketika ditemui , Siti berkata berkata dia terbuka dan tidak menolak sekiranya hubungan mereka ke tahap seterusnya.
Sejujurnya saya sekadar berkawan sahaja dengan dia, kalau ada rezeki seterusnya, adalah.
Mengulas mengenai pengakuan Amir yang menyifatkan dirinya sebagai crush, Siti menganggap perkara itu sekadar pujian biasa dan tidak membawa maksud yang serius.
Saya ada nampak live tersebut. Crush itu sekadar crush sahaja, macam pujian dan iia tidak membawa maksud apa-apa yang serius.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kedai fizikal pertama NADA, di KL East Mall pada Khamis.
Menjawab tanggapan netizen yang mempersoalkan perwatakannya ketika bersama Amir agak berbeza, Siti menjelaskan perkara itu mungkin kerana personaliti aktor itu yang lebih dominan berbanding dirinya.
Ditanya sama ada selesa apabila sering dijodoh-jodohkan dengan pelakon gandingannya, Siti mengakui tidak kisah dengan perkara tersebut.
Mungkin disebabkan chemistry (keserasian) kami dalam drama nampak hidup, jadi penonton terbawa-bawa.
Itu lumrah kerja bila berpasangan dengan hero yang masih bujang. Peminat suka usik dan gandingkan, dan saya rasa itu perkara biasa. Kalau ada rezeki, hubungan itu boleh berlanjutan sebagai kawan.
Tapi secara peribadi saya tak pernah jual kisah cinta atau cipta gimmick percintaan untuk promosi. Saya utamakan kerja dan persahabatan dahulu.
Daripada persahabatan yang erat, penonton nampak keserasian itu. Tapi insya-Allah saya kuat, tiada timbul isu cinta lokasi.
Bagaimanapun, Siti berkata dia kini mahu memberi fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu dan tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup.
Hari-hari saya sibuk dengan kerja. Untuk berkenalan dengan sesiapa itu ada juga, tetapi saya tidaklah mencari secara beria-ia. Saya percaya orang yang tepat akan datang pada waktu yang tepat.
The post [VIDEO] ‘Sejujurnya Saya Dengan Amir Ahnaf Sekadar Berkawan’ – Siti Khadijah first appeared on OHBULAN!.





