
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq telah menerima bayaran sebanyak RM100,000 selepas menjadi duta buat jenama minyak wangi yang dipanggil Dolcea.
Sumbangkan semua kepada parlimen Muar
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah memuat naik foto dirinya bersama Syed Saddiq sambil mempromosikan wangian daripada jenama tersebut.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Bella sempat menyelitkan satu nota kaki menerusi kapsyen memaklumkan Syed Saddiq telah menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada parlimennya iaitu Muar.
‘From Parliament to perfume, now we’re making scents together’.
Syed Saddiq menyumbangkan kesemua RM100,000 diterima sebagai duta kepada rakyat Muar.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Syed Saddiq yang begitu mengutamakan rakyat di Muar.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memaklumkan betapa bertuahnya rakyat Muar mendapat seorang wakil rakyat yang begitu cakna dan prihatin terhadap mereka.
Komen netizen








