Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkongsi tentang pengalamannya semasa melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Kelembutan Di Hati Dia Untuk Saya & Anak-Anak’ – Isteri Nubhan
Artikel Berkaitan: ‘Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Ibu Sorang Ini Pun Cukup’ – Isteri Nubhan
Belajar di Mesir
Menerusi perkongsian bersama Gigi & Jiwa Podcast, Afifah menceritakan tentang detik awal ketika dia memenuhi hasrat ibunya untuk menjadi seorang doktor gigi dan melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Cita-cita nak jadi doktor gigi sebenarnya cita-cita mak saya.
Alhamdulillah, saya sampai di Mesir untuk belajar. Tapi dekat sana adalah main-main juga.
Di Mesir kurang hiburan maka jadilah saya seorang doktor gigi.
Tulang belakang

Tambah ibu kepada tiga orang anak itu, dia melalui fasa bertunang dan perkahwinan ketika masih lagi bergelar pelajar.
Turning point saya untuk belajar lebih rajin adalah apabila saya sudah bertunang.
Saya bertunang dua tahun sebelum graduasi dan kahwin setahun sebelum graduasi.
Ketika itu saya fikir, ‘kalau saya tak lulus, saya tak boleh balik Malaysia sebab dah nak kahwin.’
Menurut Afifah, ibunya dan juga Nubhan adalah pendorong utama untuk dia menamatkan pengajian di sana.
Walaupun main-main, tak study hard sangat tapi senang lulus. Tak tahulah mungkin sebab orang kata rezeki kahwin ini lain.
Nubhan selalu datang melawat dekat Mesir, dia datang seminggu sebelum peperiksaan.
Mak dan Nubhan menjadi tulang belakang saya untuk menjadi doktor gigi.
Untuk info, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Khamis.
Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Gigi dan Jiwa Podcast
The post [VIDEO] Dr Afifah Kongsi Ibu & Suami Jadi Tulang Belakang Hingga Bergelar Doktor Gigi – ‘Nubhan Selalu Melawat Dekat Mesir’ first appeared on OHBULAN!.



. Gigi dan Jiwa Podcast @Shop With Dr.Fie @Alia’s Dental Shine @Dr Natasha
| Braces @DentistMakMak . #dentist #TipsGigi #drfie #scaling #braces 

