29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ismail Izzani Buka Akaun Threads Atas Galakan Kawan – ‘Kalau Komen Itu Toksik, Saya Tak Layan’

    Shopee Sale

    Penyanyi Ismail Izzani memberikan pandangannya tentang platform Threads yang didakwa toksik oleh segelintir individu.

    Artikel Berkaitan: Ismail Izzani Dedah Ambil Masa Berbulan, Pujuk Suliza Salam Berduet Lagu ‘Janji Mama’

    Artikel Berkaitan: ‘Raya Tahun Ini Lengkap & Pastinya Lebih Meriah’ – Ismail Izzani Syukur Keluarga Kecap Bahagia

    Pandangan Ismail

    Ketika ditemui , Ismail atau nama lengkapnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 26, berkata, dia merupakan antara pengguna baharu di platform tersebut selepas menerima galakan daripada rakan-rakan untuk membuka akaun.

    Sebenarnya, saya masih baru di Threads. Saya buka akaun pun sebab galakan kawan-kawan. Mereka cakap Datuk M.Nasir pun ada Threads takkan saya tidak ada?

    Kalau dulu saya nak fokus pada beberapa akaun media sosial saja tapi sekarang kena ada akaun Threads juga seperti kawan-kawan yang lain.

    Menurut Ismail, kesemua medium media sosial mempunyai elemen toksik dan bukan hanya di Threads semata-mata.

    Toksik ada di mana-mana bukan di platform Threads sahaja.

    Kalau tengok komen di TikTok pun sama, toksik ada di mana-mana medium media sosial.

    Ismail berkata demikian ketika ditemui pada konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Ahad.

    MENARIK:  ‘Masuk Tahun 2025, Marilah Memohon Petunjuk & Keberkatan Allah’ – Ruhainies

    Tambah pelantun lagu Luar Biasa itu, platform tersebut disifatkan sebagai ruang terbuka untuk orang ramai berinteraksi dengan pengguna daripada pelbagai latar belakang.

    Threads adalah platform untuk kita dekatkan diri kita kita dengan norma baharu dan kita kena ikut trend sekarang.

    Ada ruang untuk kita tanya soalan dan minta pendapat orang. Kalau ada komen toksik, saya hanya baca dan ‘swipe’ saja.

    Bagaimanapun, Ismail mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan komen-komen negatif yang diterima.

    Dari dulu pun saya sudah rasa komen di media sosial ‘beyond’ (melampau) tapi saya tak padam pun komen negatif dan biarkan saja.

    Bagi saya, kalau pengguna Threads itu nak jadi toksik takkan kita pun nak jadi toksik juga? Kalau saya rasa komen itu toksik, saya tak layanlah.

    The post Ismail Izzani Buka Akaun Threads Atas Galakan Kawan – ‘Kalau Komen Itu Toksik, Saya Tak Layan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah