29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga Scone Cameron Highland Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – ‘Saya Tidak Lahir Dalam Keluarga Berada’

    Shopee Sale

    Peniaga scone, Zamzam Zulaikha Abu Shah tampil memberikan respon apabila tular dakwaan dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang ramai iaitu ketika berlaku kesesakan lalu lintas di Cameron Highland dan juga di media sosial baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berniat Menghina Atau Memperlekehkan B40’

    Mohon maaf

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Zamzam Zulaikha atau lebih dikenali sebagai Kak Ika tampil membuat permohonan maaf di atas kekhilafannya.

    Dalam masa yang sama, Kak Ika juga menyesali tindakannya yang didakwa membalas komen warganet dengan nada yang kasar.

    Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada beberapa akaun yang telah menerima balasan komen daripada saya dengan bahasa yang kasar pada posting video saya ketika berada di atas motosikal di Cameron Highlands.

    Saya mengakui bahawa balasan tersebut tidak sepatutnya ditulis sedemikian rupa dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas cara saya membalas komen-komen tersebut.

    Sehubungan itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi akaun-akaun yang terlibat secara peribadi melalui DM di Threads dan juga TikTok bagi menyampaikan permohonan maaf saya. Setakat kenyataan ini dibuat, sebahagian daripada mesej tersebut masih berada dalam Message Request dan belum dibuka oleh penerima.

    Pada masa yang sama, saya ingin menjelaskan bahawa video asal yang saya rakam ketika berada di atas motosikal adalah berkaitan keadaan lalu lintas di Cameron Highlands. Saya mengambil peluang ini untuk membuat permohonan maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan tindakan saya.

    Tak hina B40

    View on Threads

    Selain itu, Kak Ika juga memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya menghina golongan B40 semasa sesi siaran langsung.

    MENARIK:  Peguam Syarie Kongsi Cara Nak Heret Keluarga & Mentua Ke Mahkamah, Sekiranya Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga

    Menurut Kak Ika, dia tidak merujuk kepada golongan tersebut sebaliknya ditujukan kepada akaun luar negara yang memasuki sesi siaran langsungnya.

    Justeru, Kak Ika mengakui berasa kesal dengan tindakannya dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

    Bagi isu B40, kenyataan yang saya sebut berkaitan “bangsa-bangsa yang masuk” ketika sesi LIVE adalah merujuk kepada akaun-akaun luar negara yang sering memasuki LIVE saya dan mengambil Treasure Coin/ Treasure Box yang biasa saya sediakan untuk para pengikut saya.

    Perkara ini telah beberapa kali berlaku sehingga menyebabkan pengikut-pengikut saya sendiri sukar untuk mendapatkan hadiah tersebut.

    Kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada golongan B40 atau mana-mana golongan masyarakat di Malaysia. Saya tidak lahir dalam keluarga yang berada, oleh itu saya tidak berniat untuk menghina, merendahkan atau memperlekehkan golongan B40 dan perkara tersebut bukanlah maksud sebenar kenyataan yang saya sampaikan ketika itu.

    Sumber: Threads

    The post Peniaga Scone Cameron Highland Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – ‘Saya Tidak Lahir Dalam Keluarga Berada’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah