Usahawan Asyraf Khalid tampil berkongsi pandangannya mengenai landskap audio siar di Malaysia yang dilihat semakin dipengaruhi oleh budaya mengejar tontonan semata-mata.
Artikel Berkaitan: ‘Bapa Aedy Pernah Jaga Saya & Abang Masa Kecil, Dia Selalu Sebut Nama Anak Dengan Bangga’ – Asyraf Khalid
Artikel Berkaitan: Asyraf Khalid Jernihkan Hubungan Dengan Fazura, Akui Khilaf Ulas Hal Peribadi – ‘Dia Mendengar & Terima Permohonan Maaf Saya’
Pandangan Asyraf
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Asyraf melihat kandungan yang sarat dengan ilmu dan perbincangan memperoleh jumlah tontonan yang kurang. Sebaliknya, audio siar yang mengandungi elemen kontroversi dan sensasi mendapat perhatian ramai.
Podcast yang penuh ilmu, jemputan berpengalaman, perbualan yang mendalam, tontonan mereka okay sahaja. Tak explode.
Tapi bila ada orang pergi podcast dan jadi bahan ketawa, views mencanak. Semua orang nak tengok.
Menurut Asyraf, kandungan seperti itu menonjolkan segelintir individu sebagai bahan jenaka dan hiburan berbanding kualiti daripada topik yang dibincangkan.
Bukan sebab content dia bagus tapi sebab dia jadi content. Dan itulah yang paling bahaya.
Bila awak jadi viral sebab orang ketawa dekat awak, bukan dengan awak. Awak dah hilang kawalan cerita awak sendiri.
Dalam hantaran yang sama, Asyraf menegaskan bahawa jika trend tersebut berterusan, perkara tersebut akan memberi kesan kepada penonton.
Bila kita sokong conten macam itu, jangan pelik kenapa lagi ramai orang akan buat benda yang sama. Sebab itu yang dapat views, yang dapat duit.
Sama macam mana-mana industri bila yang berkualiti tak dapat sokongan, yang senang dan murah akan terus dominate. Sebab itu market minta.
Apa yang kita tengok, kita sokong. Apa yang kita sokong, orang akan terus buat.
Sumber: Threads
The post Asyraf Khalid Bersuara Trend & Konten Kurang Kualiti Di Podcast – ‘Bila Jadi Bahan Ketawa Views Mencanak’ first appeared on OHBULAN!.





