32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mencari Harga Terbaik? Baca Lebih Lanjut Tentang Jaminan Harga Terendah Lazada!

    Shopee Sale



    Sebagai pengguna bijak, pasti korang akan membandingkan barangan di beberapa platform e-dagang sebelum membuat pembelian, bukan?

    Tipulah kalau korang tak nak beli barang dengan harga murah. Tahukah korang yang Lazada beri jaminan produk-produk di platform mereka adalah harga terendah berbanding platform e-dagang lain?

    Jaminan harga termurah

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Lazada Malaysia (Ecart Services Malaysia Sdn Bhd) (@lazada_my)

    Bagi korang yang belum tahu, Lazada kini menawarkan jaminan harga termurah di platform mereka. Macam mana pula itu?

    Haa, jika korang mendapati harga yang lebih rendah pada mana-mana platform membeli-belah lain, Lazada akan mengembalikan perbezaannya.

    Sebagai contoh, korang sudah membeli di Lazada tetapi terjumpa barangan sama dengan harga yang lebih murah di platform lain seperti di Shopee, tangkap layar barangan itu dan anda boleh tebus jaminan dari Lazada.

    Jaminan ini membolehkan korang membeli-belah dengan yakin dan menjimatkan masa korang membeli produk tanpa perlu membandingkan harga antara platform beli-belah lain.

    Cara nikmati jaminan dari Lazada

    Mudah sahaja tau, korang cuma perlu mencari tag ‘Jaminan Harga Terendah’ pada penyenaraian Lazada termasuk daripada kategori elektronik, kecantikan, ibu dan anak, motorsikal, fesyen dan harga yang dipaparkan adalah yang termurah dijumpai secara online.

    Akan tetapi, jaminan ini hanya terpakai pada harga asas produk tidak termasuk sebarang bayaran penghantaran, baucar khusus pengguna, kod promosi, LazCash atau LazCoins.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Pertikai Mee Segera ‘Seafood’ Tepi Jalan Dijual Dengan Harga RM20 – ‘Kalau Buka Premis Berapa Pula Korang Caj?’

    Langkah-langkah untuk mengemukakan tuntutan

    Langkah 1: Serahkan borang tuntutan jaminan harga terendah di bawah butiran pesanan dalam aplikasi Lazada korang dalam masa 72 jam selepas pembelian item yang layak.

    Langkah 2: Lengkapkan borang dengan butiran diperlukan, termasuk harga korang temui pada platform yang dibandingkan, nama platform dan butiran lain untuk menyandarkan penemuan anda.

    Langkah 3: Lazada akan mengira secara automatik harga pembelian produk yang layak telah anda beli.

    Langkah 4: Setelah tuntutan diserahkan, Lazada akan menyemak permohonan itu dan memberitahu anda dalam masa tujuh hari perniagaan.

    P/s: Tuntutan yang berjaya akan menerima pampasan bersamaan 120% daripada perbezaan harga dalam bentuk LazCash.

    Lihat perbezaan harga antara harga Lazada dan platform e-dagang lain

    Harga yang dipaparkan adalah pada 26 April 2024. Harga mungkin berbeza-beza dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

    Tunggu apa lagi? Bolehlah korang membeli-belah dengan jaminan harga terendah tanpa rasa risau dompet korang menipis di Lazada.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah