31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Neelofa Mahu ‘Move On’, Enggan Panjangkan Isu Guna Foto ‘Double Meaning’ – ‘Kita Sudah Akui Apa Yang Perlu’

    Shopee Sale



    Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa enggan mahu mengulas lanjut berhubung gambar salah satu produk keluarannya, Isterix yang didakwa mengandungi grafik berunsur lucah.

    Neelofa enggan ulas lebih lanjut

    Ketika ditemui di majlis pembukaan kedai Nunha yang pertama di pusat beli belah Mytown, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor menegaskan Instagram nilofagroup telah memuat naik kenyataan pasukan ‘Isterix’ yang memohon maaf berhubung isu terbabit.

    Saya rasa komen dan penjelasan lanjut tidak lagi diperlukan sekarang ini lagi sebab takut jadi panjang cerita. Dari pihak jenama tersebut sudah membuat permohonan maaf dan kita sudah akui apa yang perlu.

    Saya rasa itu sudah ada ‘fullstop’, jadi kita teruskan pada episod yang seterusnya dan saya rasa lebih baik kita tidak bercakap soal itu.

    Dalam pada itu, isteri kepada Haris Ismail ini akui perkara tersebut memberikan pengajaran buatnya, namun enggan memanjangkan ulasan berkenaan perkara itu.

    Ya pengajaran tapi tiada ulasan lain.

    Terdahulu, akaun Instagram rasmi Nilofa Group telah memuat naik beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

    MENARIK:  [VIDEO] Jaclyn Victor Dakwa ‘Scammer’ Sunting Foto Bog*l Berasal Dari India – ‘Saya Masih Kumpul Bukti & Akan Buat Laporan Polis’

    Namun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga mayamalah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah