33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Penyanyi Yang Tolak Tawaran Jayakan Konsert Legasi P. Ramlee Amatlah Rugi’

    Shopee Sale

    Penyanyi lagenda, Datuk Zainal Abidin tidak berfikir panjang dan terus bersetuju ketika dilamar untuk menjayakan Konsert Legasi P. Ramlee : Merentas Masa, Menyatu Generasi Seni yang bakal berlangsung pada 20 September di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Mesti Binti Zainal Abidin, Kalau Bukan Maka Bukanlah Anak Saya’

    Artikel Berkaitan: Pernah Terima RM19.90, Najua P Ramlee Tak Kisah Mengenai Wang Royalti

    Satu penghormatan

    Zainal, 65, berkata, satu kerugian besar bagi dirinya jika menolak tawaran tersebut kerana menganggap ini adalah peluang terbaik untuknya memberi penghormatan kepada seniman agung Allahyarham P. Ramlee.

    Saya tidak fikir panjang, apabila diberi tawaran dan pihak penganjur sebut nama P. Ramlee, saya terus bersetuju. Ini adalah satu sumbangan dan pengorbanan yang boleh saya berikan selama lebih 50 tahun dalam industri.

    Ini adalah masa yang sesuai memberi penghargaan kepada lagenda hebat, P. Ramlee dan meletakkan mahkota di tempat yang sepatutnya.

    P. Ramlee adalah simbol perpaduan. Apa sahaja karya dihasilkan oleh Allahyarham mampu menyatukan pelbagai bangsa dan kaum.

    Kalau saya tidak dapat peluang untuk sertai konsert ini, saya akan menangis. Kerana peluang ini belum tentu ada lagi pada masa akan datang.

    Zainal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Legasi P. Ramlee : Merentas Masa, Menyatu Generasi Seni yang diadakan di Finas, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Rugi yang tak sertai

    Dalam pada itu, pelantun lagu Hijau ini turut meluahkan rasa sedikit terkilan dengan beberapa penyanyi yang menolak tawaran untuk menjayakan konsert berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana Sumbangan Lebih RM100,000 – ‘Konon Untuk Uruskan Saya & Anak’

    Bagaimanapun, Zainal percaya ada sebab serta alasan tersendiri mengapa artis yang tidak didedahkan namanya itu terpaksa berbuat demikian.

    Kepada penyanyi yang tidak terpilih atau tolak tawaran untuk konsert ini mereka amatlah rugi. Pihak penganjur ada melamar beberapa artis yang makan tahun untuk mereka membalas.

    Padahal penyanyi itu terbaik, dikenali dan dirasakan sesuai untuk tampil di konsert ini. Mungkin juga kekangan masa dan jadual kerja yang tidak sesuai menjadi faktor penyanyi itu tidak sertai.

    Atau mungkin ego dan merasakan diri mereka lebih besar daripada P. Ramlee. Berdepan dengan artis yang ego ini nak salahkan mereka seratus peratus pun tidak boleh.

    Bagi saya, saya tahu nilai untuk berdiri di atas pentas, menyanyikan lagu P. Ramlee adalah satu penghormatan. Malah, kalau ada urusan kerja lain saya juga sanggup batalkan urusan itu untuk beri laluan kepada konsert ini.

    Konsert Legasi P. Ramlee : Merentas Masa, Menyatu Generasi Seni dianjurkan oleh Tanahair Films Sdn. Bhd.

    Konsert ini bakal dipimpian oleh empat Maestro Muzik terkenal iaitu Datuk Ramlis MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap dan Michael Veerapen.

    Selain Zainal, antara penyanyi lain yang turut serta adalah Datul Jamal Abdillah, Ella, Mimi Fly, Liza Hanim, Nadeera, Musly Ramlee, P. Radhi dan Danie Hasbullah.

    Tiket konsert boleh didapati di http://www.ticket2u.com.my.

    The post ‘Penyanyi Yang Tolak Tawaran Jayakan Konsert Legasi P. Ramlee Amatlah Rugi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah