26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyanyi Reedzwann Terlibat Dalam Kemalangan, Rakan Maut Di Tempat Kejadian

    Shopee Sale



    Penyanyi, Reedzwann terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.

    Salam takziah

    Menerusi hantaran di Instagram, Reedzwann atau nama lengkapnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni  memaklumkan, rakannya yang juga penumpang hadapan MPV jenis Nissan Serena, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.

    Mohon ampunkan segala dosa Allahyarham dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

    Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama mangsa dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

    Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.

    Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas.

    Difahamkan, dua kelindan lori berusia 20 dan 27 tahun yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut manakala pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

    MENARIK:  Faisal Halim Stabil, Berada Di ICU 10 Hari Selepas Pembedahan Kedua

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah