35.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – ‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat Jadi Serba Tak Kena’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa kecewa selepas dilabel sebagai kapitalis oleh segelintir warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Taja Trip Ke Itali Untuk Lima Pembeli Terawal –  ‘Boleh Bawa Plus One’

    Respon Khairul Aming

    Menerusi hantaran di Threads, segelintir warganet mendakwa kurang senang melihat usaha Khairul Aming memperkenalkan projek terbaharunya iaitu ‘bandar livestream’ yang mengetengahkan beberapa orang usahawan menjual produk mereka secara langsung di sebuah platform media sosial.

    Khairul Aming kemudian tampil memberikan respon berhubung komen-komen berkenaan dengan menyatakan kekecewaannya atas dakwaan tersebut.

    Sejujurnya sedihlah macam ini. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena.

    Kita nak usahawan tempatan grow ke depan tapi dalam masa yang sama sentimen kapitalis yang diletakkan.

    Menurut usahawan berusia 34 tahun itu, pendekatan yang dilakukannya adalah untuk memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.

    MENARIK:  Suami Puji Tenaga Dimiliki Bonda Rozita Ibrahim – ‘Umur Tua Tapi Dalaman Awak Sihat’

    Bukan itu sahaja, Khairul Aming berkata, segala usaha yang dilaksanakan secara tidak langsung menjadi medium untuk dirinya berkongsi ilmu.

    Hasil perniagaan ini untuk semua, pekerja, supplier, vendor, abang courier, pelanggan, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat faedahnya.

    Segala ilmu yang dapat saya turunkan kepada semua untuk sama-sama belajar. Kalau dengan saya berniaga ini sakitkan hati anda, saya minta maaf.

    Sumber: Threads

    The post Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – ‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat Jadi Serba Tak Kena’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah