28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TV3 dan Studio bekerjasama untuk pertama kali menghasilkan lagu Medley AJL38

    Shopee Sale



    Bertemakan ‘Muzikaverse’, tujuh orang penyanyi daripada Setudio dilihat melakukan medley lagu-lagu finalis Anugerah Juara Lagu 38 di Youtube.

    Kolaborasi pertama

    Difahamkan, ini merupakan kolaborasi pertama di antara TV3 dan Setudio. Menerusi video berdurasi 12:53 saat itu, Amir Hairi, Asif Zaaim, Elly Yusni, Farisha Aliamalulail, Saiful Anwar, Maria Effendi dan Zaidyansjah telah menyanyikan kesemua 12 lagu yang akan bertanding di AJL38 kali ini.

    12 lagu tersebut terdiri daripada Jangan Mati Rasa Itu, Astana, Santai, Sutera, Kalam, Waktu, Bintang, Hasrat, Selagi Ku Ada, Inilah JalanNya, Darah dan Kucuma. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rakaman medley ini telah dirakam di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan dimuat naik di Youtube pada hari Isnin yang lalu.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Sekadar info, Anugerah Juara Lagu 38 akan berlangsung di Axiata Arenam Bukit Jalil pada hari Ahad, 3 Mac 2024, jam 9.00 malam di TV3 & strim melalui Tonton. 

    Bagi korang yang nak beli tiket AJL38 secara pre-sales, korang wajib ada akaun Tonton tau! Bagi yang belum daftar, korang boleh ikut langkah-langkah di bawah ini:

    MENARIK:  Syamsul Yusof Berhasrat Untuk Memansuhkan Saman Terhadap Jawi & Maiwp?

    1. Layari http://www.tonton.com.my dan klik daftar, percuma sahaja!
    2. Daftar account Tonton anda bermula dari hari ini, 25 Januari 2024 hingga 28 Januari 2024.
    3. Penjualan Pre Sales boleh dibuat bermula dari 30 Januari 2024 sehingga 3 Februari 2024 sahaja.
    4. Bagi yang belum mendaftar atau tidak mempunyai Tonton akaun, pembelian boleh dilakukan bermula 5 Februari 2024.

    So korang, better laju-laju register Tonton kalau nak beli sebelum tiket habis.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah