33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pengalaman Dipijak Kepala Banyak Kali, Dia Ingat Saya Budak’ – Bella Dowanna

    Shopee Sale

    Pelakon, Bella Dowanna mengakui memahami situasi segelintir rakan artis yang masih ditawarkan watak kanak-kanak meskipun usia mereka sudah meningkat dewasa.

    Artikel Berkaitan: ‘Bukan Susuk Lah, Tapi Rawatan Akupuntur’ – Bella Dowanna

    Masih dianggap kanak-kanak

    Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 23, berkata dia sendiri pernah melalui fasa sukar dalam perjalanan kariernya dan menganggap perkara itu sebagai lumrah yang perlu dihadapi kebanyakan anak seni.

    Bagi saya setiap orang ada ujian masing-masing. Sejujurnya untuk saya yang berusia 23 tahun ini ada saja waktu susah yang rasa tak relevan.

    Saya pernah tidak dipanggil bekerja dan seolah-olah tak wujud dalam industri. Namun saya percaya pada rezeki masing-masing.

    Bella berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Bella berkata dia turut memahami situasi rakan seindustri, Mia Sara Nasuha yang sehingga kini masih dilihat sebagai pelakon kanak-kanak walaupun sudah berusia 21 tahun.

    Saya faham sudut Mia, sudut pandang rakan pelakon, pihak produksi, industri dan juga netizen dalam menilai seseorang pelakon.

    Bagi saya, ia adalah satu proses perjalanan seorang pelakon. Tetapi hakikatnya, kita semua sedang membesar dan berkembang.

    Semua itu memerlukan masa dan kepercayaan pada rezeki sendiri, sambil terus berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan gosip murahan, tetapi dengan kerja dan kualiti.

    Dalam pada itu, Bella turut berkongsi pengalaman kurang menyenangkan yang pernah dilaluinya di set penggambaran apabila dirinya dipandang sebagai pelakon yang masih ‘mentah’.

    Pengalaman dipijak kepala banyak kali. Dia ingat saya budak-budak, maka pendapat saya dianggap tak penting.

    Saya tak boleh nak bersuara bagi pihak saya. Tapi saya faham yang usia bukan penentu segalanya. Paling penting rasa hormat.

    Jika seseorang menghormati saya, saya juga akan menghormati mereka. Tetapi jika tiada rasa hormat, saya juga berhak mempertahankan diri dengan cara yang sama seperti saya diperlakukan.

    Sebelum ini, Mia Sara secara terbuka menyuarakan cabaran yang dihadapinya dalam usaha meninggalkan imej sebagai pelakon kanak-kanak walaupun sudah melangkah ke alam dewasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Fatin Afeefa Ada Sebab Rahsiakan Berita Hamil & Bersalin – ‘Tak Mahu Orang Luar Menilai Bagaimana Saya Membesarkan Anak’

    The post ‘Pengalaman Dipijak Kepala Banyak Kali, Dia Ingat Saya Budak’ – Bella Dowanna first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah