Pengacara, Isha Norsham kini sah bergelar isteri kepada Azman Azeez hanya dengan sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz
Mas kahwin gelang emas

Foto: Instagram @era.je
Isha, 29, dan Azman dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Norsham Aziz dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Hyatt Place, Bukit Jalil.
Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada pihak lelaki.
Penyampai radio itu memilih tema putih dan menggayakan busana rekaan Farrarahim Attelier untuk majlis akad nikahnya itu.
Tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian rona putih bagi menghormati warna tema yang sudah ditetapkan.
Terdahulu, Isha Norsham selamat mengikat tali pertunangan dengan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada 3 Mei 2025.
The post Pengacara Isha Norsham Kini Bergelar Isteri Kepada Anak VVIP first appeared on OHBULAN!.





