Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie sekali mencuri tumpuan apabila perutnya kelihatan semakin membesar seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Shuib Kongsi Video Reaksi Pertama Kali Tahu Watie Hamil, Anak-Anak Melompat Kegembiraan – ‘Namanya Bintang Anak Makkah’
Artikel Berkaitan: Watie Kongsi Tak Alami Alahan Waktu Hamil – ‘Sampai Saya Asyik Fikir Betul Ke Dalam Perut Ada Baby’
Baby bump Watie?

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, memaparkan Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, mendandan rambut anak tirinya, Thalita.
Bagaimanapun, perhatian netizen tidak tertumpu pada momen mesra dua beranak itu, sebaliknya pada penampilan Watie yang mengenakan dress kembang berwarna putih, di mana bahagian perutnya menampakkan bentuk seperti ‘baby bump’.
Perubahan bentuk badan Watie ini secara tidak langsung membuatkan ramai netizen merasa teruja dan gembira.
Tidak ketinggalan, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah serta doa agar kehamilan Watie berjalan lancar dan selamat.
Namun begitu, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasangan berkenaan mengenai status kehamilan tersebut.
Watie juga belum mengesahkan mahupun menafikan sebarang spekulasi yang timbul.
Pada Mei lalu, Watie mengesahkan mengalami keguguran.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Sebelum ini, Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.
Netizen titip doa

Sumber: Instagram Watie
The post Netizen Nampak ‘Baby Bump’ Watie, Titip Doa & Ucap Tahniah – ‘Jangan Lasak-Lasak Ya Mommy’ first appeared on OHBULAN!.





