25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pendidikan Penting, Tapi Bukan Segalanya..Cari Yang Sama Vibe’ – Ryan Deedat Kongsi Pandangan Pilih Pasangan

    Shopee Sale

    Penyanyi Ryan Deedat berkongsi pandangannya mengenai kepentingan pendidikan dalam memilih pasangan hidup.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustazah Norhafizah Perjelas Saranan Islam Untuk Kahwin Sekufu & Nafkah Sebagai ‘Pengikat’ Isteri – ‘Boleh Berlaku Konflik Kerana..’

    Pentingnya pendidikan informal

    Menerusi hantaran di Threads, Ryan mengakui bahawa pendidikan sememangnya penting, namun ia tidak seharusnya dinilai berdasarkan kelulusan akademik semata-mata.

    Sebaliknya, aspek pendidikan tidak formal seperti cara berfikir, kemahiran komunikasi serta kecerdasan emosi memainkan peranan yang lebih besar dalam membina hubungan yang sihat.

    Education ni ada dua iaitu formal macam diploma, degree, PhD. Informal pula cara fikir, cara communicate, emotional intelligence.

    Jujurnya, yang lagi penting tu informal. Sebab bila vibe masuk, cara borak kena ngam. Kalau tak, susah nak connect walaupun dua-dua pandai atas kertas.

    Akhirnya kita nak someone yang boleh carry conversation, faham kita and boleh grow together.

    Sebagai seorang penuntut PhD, Ryan turut menyandarkan pandangannya kepada fakta dan kajian. 

    MENARIK:  ‘Suami Dapat Bonus Raya, Elok Belikan Isteri Barang Kemas’ – Aliff Syukri Kongsi Keberkatan Mewahkan Keluarga

    Berdasarkan kajian oleh Jonason & Antoon (2019) yang menunjukkan bahawa kecenderungan untuk memilih pasangan berpendidikan sememangnya wujud mengikut konteks hubungan.

    Malah ada individu cenderung memilih pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang setara dengan mereka.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Monalisa ini berseloroh dengan mengatakan bahawa dia tidak semestinya mencari pasangan dalam kalangan pelajar PhD kerana mengakui perbualan berkaitan penyelidikan agak meletihkan.

    Sumber: Threads Ryan Deedat

    The post ‘Pendidikan Penting, Tapi Bukan Segalanya..Cari Yang Sama Vibe’ – Ryan Deedat Kongsi Pandangan Pilih Pasangan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah