27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir

    Shopee Sale

    Seorang pendakwah Indonesia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa orang pelajar lelaki di bawah jagaannya. 

    Cabul pelajar, umpan bawa ke Mesir

    Pendedahan itu dibuat oleh saksi, Ustaz Abi Makki, yang mendakwa bahawa setakat ini terdapat lima orang mangsa termasuk pelajar di bawah umur yang berani tampil bersuara. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku berulang kali di beberapa lokasi berbeza, termasuk di dalam tempat ibadah.

    Modus operandi yang digunakan pelaku berinisial SAM adalah dengan menjanjikan mangsa peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir atau Timur Tengah serta jaminan untuk menjadi seorang hafiz Al-Quran bersanad.

    Tawaran tersebut membuatkan mangsa tertarik, namun pelaku mula melakukan tindakan luar tabii dengan alasan-alasan yang dimanipulasi menggunakan dalih agama.

    MENARIK:  Shakilla Khoriri Menyatakan Bahawa Dia Tidak Memaksa Suami Orang Untuk Bercerai Dengan Isterinya - Ingat Aku Ni Apa…Dajjal Ke Jahat Sangat

    Beberapa mangsa mendedahkan bahawa mereka merasa seolah-olah tidak berdaya dan keliru ketika kejadian berlaku. 

    Ustaz Abi Makki menggambarkan keadaan mangsa seolah-olah dipukau atau berada di bawah tekanan psikologi sehingga tidak mampu melawan.

    Mangsa kelihatan bingung. Malah ada yang diminta menonton tayangan yang tidak sepatutnya. 

    Apabila ditanya, pelaku menggunakan alasan agama untuk menghalalkan perbuatannya.

    Menurut sumber, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

    Sumber: Liputan

    The post Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah