30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Baru Dua Minggu Kahwin..Lelaki Dah Berani Cab*l, Raba Dada Anak Tiri

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas didakwa mencabul anak tirinya yang berusia 13 tahun sebanyak dua kali di lokasi yang berbeza.

    Cabul anak tiri

    Tonton Lucah
    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Regional Kompas, suspek yang berusia 50 tahun itu baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isteri baharunya yang juga merupakan ibu kandung mangsa. Namun siapa sangka, baru dua minggu bergelar bapa tiri, suspek sudah tergamak melakukan perbuatan keji itu terhadap anak isterinya.

    Kejadian itu dilakukan suspek sebanyak dua kali iaitu di rumah dan ketika remaja itu membonceng motosikal. Difahamkan, mangsa mengadu kepada ibunya bahawa lelaki itu telah mencabul dengan cara meraba pada bahagian dadanya.

    MENARIK:  Peniaga Scone Cameron Highland Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – ‘Saya Tidak Lahir Dalam Keluarga Berada’

    Sebaik menerima kiriman mesej daripada anak perempuannya itu, wanita berkenaan bergegas pulang ke rumah untuk mencari kebenaran. Jiran tetangga yang mendengar perbalahan itu kemudian tampil membuat laporan. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak tirinya kerana tidak dapat mengawal nafsu.

    Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan jika sabit kesalahan, bakal dijatuhi hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum selama 15 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah