32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ’Penat Diganti Istighfar’ – Ozlynn Kongsi Semangat Buat Ibu Bekerja Letih Urus Anak & Rumah Tangga

    Shopee Sale

    Pelakon, Ozlynn tampil menitipkan kata-kata semangat kepada seorang individu yang meluahkan rasa keletihan menguruskan anak serta memikul pelbagai tanggungjawab harian.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan Tegas Dengan Semua Anak – ‘Mak Kau Panggil Tak Menyahut…Memang Nak Kena’

    Artikel Berkaitan: Terpalit Gosip Murahan, Ozlynn Kesian Anak-Anak Kena Tempias – ‘Doa Orang Yang Dianiaya Atau Difitnah InsyaAllah Makbul’

    Tanggungjawab isteri & ibu

    Menerusi komen di Threads, Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail berkongsi pengalamannya sendiri sebagai seorang isteri dan ibu.

    Menurut Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak Johan, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu merupakan satu ibadah yang sangat mulia, walaupun hakikatnya tidak semudah yang disangka oleh segelintir pihak.

    Mungkin ramai cakap senang la artis ada duit, ada maid. Tapi saya ambil maid sebab tidak mahu hantar anak kepada pengasuh.

    Terus terang, segala kerja rumah saya buat sendiri termasuk memasak, mengemas, basuh baju, cuci tandas, pergi berniaga dan shooting.

    Balik pukul 2 pagi kemudian bangun pukul 4 pagi untuk siapkan bekal sekolah anak. Tidur tak pernah cukup.

    Ozlynn mengakui waktu tidurnya sering tidak mencukupi, namun segala kepenatan itu dianggap sebagai satu pengorbanan yang cukup bernilai.

    Saya percaya penat ini akan digantikan dengan tempat yang paling mulia di sisi Allah, maka saya gantikan dengan istighfar.

    Suami faham isteri

    Dalam perkongsian sama, Ozlyn turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya memahami keadaannya apabila dia terlalu penat.

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Bonda Rozita Dikejarkan Ke Hospital Di China, Alami Sesak Nafas Jam 4 Pagi – ‘Dia Ada Masalah Jantung Setahun Lepas’ 

    Ozlynn juga berpendapat jika pasangan tidak berkira, suami isteri boleh sama-sama berkongsi tanggungjawab rumah tangga.

    Terdahulu, seorang wanita di Threads meminta kata-kata semangat daripada orang ramai selepas meluahkan rasa keletihan menguruskan anak serta memikul pelbagai tanggungjawab harian.

    Sumber: Threads

    The post ’Penat Diganti Istighfar’ – Ozlynn Kongsi Semangat Buat Ibu Bekerja Letih Urus Anak & Rumah Tangga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah