Pelakon Fattah Amin menitipkan ucapan penuh kasih buat anak perempuannya, Fatima sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-6.
Artikel Berkaitan: ‘Ingatlah Sayang..Semuanya Kerana Hanya Yang Terbaik Buatmu, Mommy Sayang Fatima’ – Fazura
Artikel Berkaitan: Momen Fattah Amin & Fazura Bersama Fatima Di Sekolah Raih Perhatian Netizen
Birthday Fatima

Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah memuat naik beberapa momen ketika menyambut ulang tahun kelahiran Fatima yang turut disertai isterinya, Amira Othman serta Jarir.
Pada hantaran yang sama, Fattah menitipkan doa agar Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah.
Selamat hari lahir, Fatima.
Semoga membesar menjadi anak yang solehah, bijak, sihat tubuh badan, sentiasa dilindungi serta dilimpahi rahmat Allah SWT.
Daddy sayang Fatima lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Hari ini, esok dan selamanya.
Doa buat Fatima




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Fatima selain mendoakan agar puteri tunggal Fattah dan Fazura itu membesar menjadi anak yang baik.
Sumber: Instagram
The post ‘Daddy Sayang Fatima Selamanya’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.





