Anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama berazam untuk terus berusaha mencipta nama dan membina identiti sendiri dalam industri seni.
Osama tak mahu dibayangi nama bapa

Menerusi hantaran di Threads, Osama mahu dikenali berdasarkan bakat, usaha dan pencapaiannya sendiri, bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak kepada penyanyi terkenal.
Bukan apa, aku dah hidup lama atas nama Jamal Abdillah. Sebagai seniman, aku ada impian yang aku nak bina kerajaan sendiri, bukan masih dibayangi kerajaan ayahnya.
Faham kan? Aku sebagai Osama nak bina kerajaan sendiri, brand sendiri. Atas nama aku dan usaha sendiri.
Meskipun tahu perjalanan yang dipilih bukanlah mudah, namun dia percaya dengan kemampuannya untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
Aku tahu jalan aku pilih ini struggle. Tapi itulah aku. Sebab aku tahu aku ada barang sendiri dan bapak aku akui yang aku mampu jauh lebih baik.
Cuma masih usaha dan masa belum tiba. Sabar dan terus usaha.
Sumber: Threads
The post Osama Yamani Mahu Bina Identiti Sendiri – ‘Aku Dah Hidup Lama Atas Nama Jamal Abdillah’ first appeared on OHBULAN!.





