30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pesan Pada Anak-Anak, Kalau Nak Jadi Ahli Sukan Kena Bijak’ – Rita Rudaini

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Rudaini tidak menghalang dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sekiranya mahu menjadikan bidang sukan sebagai kerjaya profesional pada masa hadapan.

    Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pernah Lalui Fasa Sukar, Empat Tahun Tanpa Tawaran Berlakon – ‘Saya Bersabar & Bertahan, Allah Uji Bersebab’

    Sokong minat anak-anak

    Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 50, berkata dia sentiasa memberi sokongan terhadap minat anak-anak, namun menegaskan aspek pendidikan tetap perlu diberi keutamaan walau apa juga bidang yang diceburi.

    Saya okay dengan pilihan anak-anak, cuma saya pesan kalau nak jadi ahli sukan, kena cerdik dan bijak. Pelajaran tetap perlu diutamakan.

    Tambah Rita, anak sulungnya, Rayyan turut menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan bercita-cita menyambung pelajaran di luar negara suatu hari nanti.

    Anak saya Rayyan, pernah cakap dia minat bidang kejuruteraan dan kalau boleh mahu sambung belajar di luar negara. Saya sentiasa menyokong.

    Saya kata, kalau nak buat sesuatu, kena buat betul-betul. Tentang duit, jangan fikir. Itu mommy pandai-pandailah uruskan. Dia fokus belajar sahaja.

    Macam sekarang, dia cakap yuran tuisyen mahal. Memang mahal, tetapi saya pesan jangan fikir pasal itu. Belajar sahaja, duit biar saya yang cari dan fikir.

    Dalam masa sama, Rita mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal, namun dia sentiasa memastikan anak-anak tidak kekurangan kasih sayang dan perhatian.

    Memang bekerja itu penting, saya keluar mencari duit, tetapi saya atur masa juga. Saya tak nak terlalu sibuk mencari duit sampai anak-anak terabai.

    Saya tak suka begitu kerana anak-anak perlukan kita juga. Kalau mereka di rumah, mereka suka ajak keluar, misalnya pergi minum kopi.

    Di situlah kami bercakap, bercerita dan bersembang macam kawan-kawan. Bagi saya, perkara itu penting. Kalau asyik cari duit sahaja pun tak boleh juga sebab saya takut jiwa anak saya kosong.

    Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008 sebelum bercerai lima tahun kemudian iaitu pada 2013.

    MENARIK:  Laudya Cynthia Bella Jadi Isteri Ketiga Ustaz Nuzul Dzikri? Ini Reaksi Tuan Badan

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

    The post ‘Saya Pesan Pada Anak-Anak, Kalau Nak Jadi Ahli Sukan Kena Bijak’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah