33.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jalaludin Hassan Tak Sangka Bergelar Juara, Sedia Belajar Vokal – ‘Rasa Macam Mimpi’

    Shopee Sale

    Pelakon Datuk Jalaludin Hassan, menyifatkan kejayaannya dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026 sebagai sesuatu yang tidak pernah dijangka.

    Artikel Berkaitan: Ucapan Puitis Jalaludin Hassan Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50 – ‘Isteriku Dunia Akhirat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ketika Tengok Drama Itu, Bapa Saya Tak Boleh Terima Saya Jadi Pelakon’ – Jalaluddin Hassan

    Kemenangan yang tidak disangka

    Ketika ditemui , Jalaludin, 72, berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk muncul sebagai pemenang selepas bersaing bersama kesemua peserta lain dalam program berkenaan.

    Tambah Jalaludin, penyertaannya dalam KES yang juga merupakan pertandingan nyanyian pertama disertainya membuka ruang untuk dia menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baharu.

    Rasa macam mimpi bergelar juara, saya pun tak pernah terfikir akan sertai program begini.

    Saya adalah peserta terakhir yang bersetuju, selepas dipujuk Datuk Tarmimi.

    Mestilah saya akan pergi kelas kerana itu adalah ilmu. Saya mesti cari ilmu.

    Jalaludin berkata demikiana ketika ditemui pada musim akhir Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung di Shah Alam City Council pada Sabtu.

    MENARIK:  Suami Atikah Suhaime Dedah Tidak Malu Pakai Baju Murah – ‘Kenapa Perlu Pakai Jenama Terkenal Untuk Berasa Yakin?’

    Mengulas lanjut mengenai kemenangannya, pelakon berusia 72 tahun itu berkata dia terbuka untuk mengikuti kelas vokal bagi memperbaiki teknik dan kemahiran nyanyiannya pada masa akan datang.

    Saya dapat tahu penyanyi profesional pun akan ada guru mereka bila terlibat dengan persembahan.

    Itu bermakna mereka tidak berhenti belajar.

    Untuk rekod, Jalaludin dinobatkan sebagai juara KES 2026 dalam pentas akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Sabtu.

    Kemenangan itu melayakkan Jalaludin membawa pulang trofi, rakaman single bersama Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas serta pakej penginapan.

    The post Jalaludin Hassan Tak Sangka Bergelar Juara, Sedia Belajar Vokal – ‘Rasa Macam Mimpi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah