Pelakon Zila Bakarin tidak kecil hati selepas meraih tempat ketiga dalam sebuah program realiti nyanyian, sebaliknya menganggap pencapaian itu sebagai pengalaman berharga buat dirinya.
Artikel Berkaitan: Zila Bakarin Tegur ‘Content Creator’ Didakwa Buat Konten Lucah
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ingat Anak Tak Faham’ – Zila Bakarin Titip Pesanan Buat Ibu Hadapi Masalah Kewangan
‘Tak berbaloi dengan penat lelah setiap minggu’

Ketika ditemui , Zila atau nama lengkapnya, Rosmawati Bakarin, 51, berkata dia sendiri tidak menyangka mampu bertahan sehingga ke peringkat akhir memandangkan pada awalnya tidak meletakkan sebarang sasaran.
Bagaimanapun, Zila tidak menafikan rasa terkilan apabila mengetahui tiada hadiah wang tunai disediakan, lebih-lebih lagi selepas musim sebelumnya menawarkan hadiah bernilai puluhan ribu ringgit.
Saya tak kisah pun nombor berapa, bukan dapat duit pun.
Saya sangat terkejut sebab saya dari awal tak tahu hadiah dia apa. Musim sebelum ini boleh menang sampai berpuluh ribu, tapi kali ini tiada apa.
Memang kita masuk ini dikira amal jariah tapi jangan lah begitu.
Zila berkata demikiana ketika ditemui pada musim akhir Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung di Shah Alam City Council pada Sabtu.
‘Kami yang perlukan charity’

Tambah Zila, sekiranya program tersebut benar-benar berkonsepkan ‘charity’ tidak sepatutnya wujud kedudukan atau ranking dalam kalangan peserta.
Dalam pada itu, Zila turut mendedahkan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan sepanjang menyertai program berkenaan termasuk berehat seketika daripada menerima tawaran lakonan.
Kalau nak cerita pasal charity, kami peserta yang perlukan. Berapa lama saya tak shooting sepanjang dalam program ini.
Saya struggle, penat, dan banyak sangat perkara yang kita korbankan. Kalau awak di tempat saya, awak rasa berbaloi tak?
Zila tetap bersyukur dengan perjalanan dilalui dan menganggap penyertaannya itu sebagai penghargaan buat insan di sekelilingnya yang sentiasa memberi sokongan.
Bukan saya tak bersyukur dengan jalan yang diberikan tapi kalau betul program charity tak perlu ada kedudukan nombor untuk kami para perserta.
Setiap minggu saya buat kerana Allah, keluarga dan peminat. Saya pun tak sangka saya boleh buat sampai dapat tempat ketiga.
Sekadar info, Datuk Jalaluddin Hassan dinobatkan sebagai juara program berkenaan, manakala Datuk Ahmad Tamimi Siregar muncul sebagai naib juara.
Zila Bakarin pula meraih tempat ketiga, diikuti Fazlina Ahmad Daud di tempat keempat, Amyza Aznan di tempat kelima dan Rahim Omar melengkapkan saingan di tempat keenam.
The post [VIDEO] Zila Bakarin Terkilan Tiada Hadiah Wang, Dedah Banyak Berkorban – ‘Musim Sebelum Ini Sampai Berpuluh Ribu’ first appeared on OHBULAN!.





