29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penunggang Motosikal Disyaki Mabuk Rempuh Dua Peserta KLSCM

    Shopee Sale

    Seorang penunggang motosikal ditahan selepas dipercayai merempuh dua peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

    Artikel Berkaitan: Nash Kemalangan Motosikal Ketika Pulang Solat Isyak, Terima 52 Jahitan Di Muka & Kepala

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Terlibat Kemalangan, Kereta Dirempuh Dari Belakang – ‘Pemandu Itu Tengok, Lepas Itu Blah’

    Suspek disyaki mabuk

    Memetik laporan New Straits Times, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi ketika suspek berusia 21 tahun itu melalui laluan yang telah ditutup menggunakan kon sebelum diarahkan berhenti oleh anggota polis yang bertugas.

    Difahamkan, suspek tidak mengendahkan arahan tersebut sebelum melarikan diri dengan menunggang melawan arus lalu merempuh dua peserta yang sedang berlari.

    Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, kemalangan itu menyebabkan seorang peserta wanita berusia 50 tahun mengalami kecederaan pada bahagian leher.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah & Muaz Zabir Didakwa Berfoto & Berbual Mesra, Netizen Menyuarakan Rasa Menentang Fitnah – ‘Boleh Jadi Editan’

    Seorang lagi peserta lelaki berusia 41 tahun pula mengalami kecederaan pada lutut kanan serta tangan.

    Dalam pada itu, saringan awal mendapati suspek positif alkohol dengan bacaan 164mg/100ml sebelum dia dan pemboncengnya, 19, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk ujian lanjut.

    Susulan kejadian itu, penunggang motosikal tersebut direman selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Oktober, manakala pemboncengnya direman selama dua hari sehingga 4 Oktober.

    Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

    Sumber: NST

    The post Penunggang Motosikal Disyaki Mabuk Rempuh Dua Peserta KLSCM first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah