Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan bakal isteri, Bella Astillah menyifatkan pertemuan bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selama dua jam pada tiga hari lalu sebagai momen yang sangat bermakna buat mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Hendak Tulis Muka Surat Pertama’ – Syed Saddiq & Bella Astillah Akui Tak Layak Disamakan Dengan Tun M & Allahyarhamah Tun Hasmah
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq – ‘Dia Tak Mampu Teruskan Apa Yang Telah Dirancang Hari Ini’
Pertemuan akhir

Ketika ditemui , Saddiq atau nama penuhnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pada pertemuan itu Allahyarham berkongsi rasa tidak sabar untuk menghadiri pernikahan mereka selain kelihatan ceria dan gembira.
Menurutnya, momen tersebut menjadi salah satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan bersama tokoh yang disayangi ramai itu.
Kalau tidak silap, kami bertemu tiga hari sebelum Allahyarhamah meninggalkan kita semua. Ketika pertemuan itu, Allahyarhamah berada dalam keadaan sangat ceria.
Beliau juga berkongsi rasa tidak sabar untuk menghadiri majlis pernikahan kami.
Saddiq berkata demikian pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berkongsi lanjut, Saddiq berkata, Allahyarham banyak menitipkan nasihat kepadanya terutama mengenai kehidupan selepas berkahwin.
Banyak nasihat yang disampaikan, khususnya mengenai pentingnya kompromi dalam rumah tangga.
Perkahwinan bukan sekadar soal cinta semata-mata, tetapi mengenai toleransi dan bagaimana kita bijak berkompromi, melalui ujian serta menangani isu seperti perasaan cemburu dalam hubungan.
Ketika ditanya sama ada dia melihat sebarang perubahan pada Allahyarham ketika pertemuan terakhir mereka, Saddiq berkata, Allahyarham masih sempat bergurau dan berkongsi kisah-kisah lama, termasuk kisah cintanya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham masih boleh bergurau dan mengingati perkara yang berlaku 50 atau 60 tahun lalu, termasuk kisah cintanya bersama Tun Dr. Mahathir.
Manakala, Bella turut berkongsi antara pesanan Allahyarham supaya menjadi seorang wanita yang kuat, selain mengingatkan bahawa kehidupan sebagai isteri kepada seorang ahli politik bukanlah mudah.
Allahyarham berpesan supaya saya menjadi seorang wanita yang kuat, sentiasa berada di sisi suami serta menjadi wanita yang lembut tetapi pada masa sama mempunyai kekuatan.
Ada juga nasihat yang boleh saya kongsikan dan ada yang saya memilih untuk simpan kerana menghormati Allahyarham.
Beliau memberitahu bahawa perjalanan sebagai isteri kepada seorang ahli politik bukan sesuatu yang mudah.
Namun, selagi ada kepercayaan dalam hubungan, insya-Allah rumah tangga akan berkekalan. Toleransi dan rasa hormat terhadap pasangan juga sangat penting.
Dalam perkembangan lain, Saddiq dan Bella akan disatukan sebagai suami isteri pada sebuah majlis di Kuala Lumpur pada 10 Oktober depan.
Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank dengan konsep serba putih disulami elemen Arab atau Islamik atas permintaan keluarga.
The post [VIDEO] ‘Tidak Sabar Hadiri Pernikahan Kami’ – Syed Saddiq, Bella Astillah Kenang Pertemuan Terakhir Dengan Allahyarham Tun Hasmah first appeared on OHBULAN!.





