Pempengaruh media sosial, Qishi berkongsi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan kereta miliknya yang baru sebulan dibeli mengalami kerosakan teruk.
Qishi, suami terlibat kemalangan

Menerusi hantaran di Threads, Qishi berkongsi kronologi kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi ketika dia dan suami, Danial dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke hospital.
Bagaimanapun, ketika perjalanan, kenderaan yang dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan yang tinggi.
Tahu tak, sikit saja lagi kami nak terjatuh dari lebuh raya itu dan ketinggiannya lebih kurang dua tingkat? Sebab sistem kereta ini, bila berlaku kemalangan teruk, memang terus kunci stereng dan tayar.
Dua jam tunggu ambulans

Dalam keadaan kesakitan, Qishi terpaksa menunggu bantuan ambulans selama dua jam di tepi jalan, malah terbaring di atas tumpahan minyak hitam yang mengalir dari kereta.
Dada saya sakit gila sebab masa baring tu kaki saya dekat dashboard, jadi mungkin terhentak kena dada masa beg udara keluar.
Saya tak boleh bernafas atau bercakap sangat waktu itu, tulang belakang semua terasa sangat sakit.
Reda dengan ujian

Susulan daripada insiden itu, Qishi meluahkan rasa geram terhadap sikap pemandu tersebut yang mementingkan diri dan memandu dengan laju sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Kenapa ada manusia yang selfish bawak kereta macam ni? Kalau kena sendiri tak apa, ni babit orang lain.
Saya anggap ini ujian Allah nak bagi, mungkin saya dan Danial ada kekurangan dalam sesuatu, dan mungkin Allah nak uji sama ada kami kuat atau tidak.
Sumber: Threads Qishi
The post Pempengaruh Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Terkilan Kereta Baru Sebulan Beli ‘Total Lost’ first appeared on OHBULAN!.





