31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peminat Teruja Menanti Aina Abdul Lancar Lagu Duet Bersama Fabio Asher Ciptaan Melly Goeslaw – ‘Pasti Jadi Hit!’

    Shopee Sale



    Aina Abdul

    Peminat meluahkan rasa teruja apabila mendapat tahu penyanyi Aina Abdul bakal melancarkan lagu duet bersama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Fabio Asher.

    Lagu ciptaan Melly Goeslow

    Aina Abdul

    Menerusi perkongsian di platform X @nontoners, kedua penyanyi itu bakal menyanyikan lagu bagi runut bunyi atau OST sebuah filem Indonesia berjudul ‘Cinta Tak Pernah Tepat Waktu’.

    Malah, lebih mengujakan lagi lagu tersebut merupakan ciptaan penyanyi dan komposer popular iaitu Melly Goeslow.

    Bagaimanapun, tajuk lagu tersebut tidak didedahkan dan masih dirahsiakan sekali gus membuatkan peminat berasa tidak sabar.

    Menerusi hantaran sama, akaun tersebut turut memberikan sedikit ‘teaser’ bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan.

    Selain itu, akaun berkenaan turut memuat naik foto memperlihatkan Aina, Fabio, Melly dan seorang lagi individu ketika mereka berada di studio rakaman dipercayai selesai merakam lagu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Bukan Nak Tegak Benang Yang Basah’ – Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Isu Depan Kaabah, Siap Buat Simulasi!

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat tidak sabar menantikan buah tangan daripada penyanyi kesayangan mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah