28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bluest Sky’ Karya Agung Aina Abdul, Habiskan 10 Jam Dalam Studio – ‘Lagu Ini Besar… Saya Curah Rasa Marah, Sedih & Cinta’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui penghasilan lagu Bluest Sky yang bakal dipertaruhkan di pentas Eurovision Asia 2026 bukanlah satu proses mudah apabila dia terpaksa menghabiskan sehingga 10 jam di studio untuk mendapatkan hasil yang benar-benar menepati jiwa karya tersebut.

    Artikel berkaitan: Aina Abdul Kongsi Persiapan Ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Pertaruh Lagu ‘Full English’

    ‘Bluest Sky’ taruhan Aina

    Aina, 33, berkata, lagu yang dicipta khas untuk pertandingan nyanyian antarabangsa itu turut mempunyai makna tersendiri buat dirinya apabila dianggap sebagai surat cinta kepada seorang individu penting dalam hidupnya.

    Lagu ini adalah bahasa cinta saya, surat cinta saya kepada seseorang yang penting dalam hidup saya. Tidak semestinya orang itu masih ada atau tidak, itu adalah imaginasi saya sebagai penulis lagu.

    Saya memang seorang yang mudah jatuh cinta. Sebab itu ayat terakhir dalam lagu ini berbunyi, ‘If losing you means finding myself, then I don’t want this to be over’. Saya sentiasa berharap.

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada sesi mendengar Bluest Sky di REXKL, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Bercerita mengenai proses pembikinan, Aina berkata cabaran terbesar bukan ketika menghasilkan melodi atau lirik, sebaliknya sewaktu proses rakaman apabila dia perlu menghidupkan emosi yang terkandung dalam lagu tersebut.

    Proses penulisan sebenarnya lebih mudah berbanding rakaman. Ketika menulis, saya ada satu perasaan yang terbuku di hati. Tetapi semasa merakam, emosinya berbeza kerana saya perlu menjiwai watak itu.

    Rakaman dari pagi sampai malam tidak selesai, itu adalah tempoh terlama bagi saya. Walaupun kedengaran indah, di sebaliknya banyak liku dan cabaran.

    Malah, Aina sanggup berpindah studio dari Seremban ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan bunyi yang dirasakan paling sesuai dengan karakter lagu berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Hael Husaini Nyanyi Lagu Intifada – ‘Kena Duet Dengan Rabbani!’

    Selain cabaran teknikal, Aina turut berdepan kesukaran untuk menyesuaikan karya tersebut dengan syarat pertandingan yang menetapkan durasi persembahan tidak melebihi tiga minit.

    Lagu ini ‘besar’ dan tiada ruang rehat. Cabaran paling sukar adalah untuk saya mencurahkan segala emosi marah, cinta dan sedih dalam tempoh tepat tiga minit itu. Namun alhamdulillah, kami berjaya melakukannya.

    Aina bakal mempertaruhkan Bluest Sky untuk bersaing bersama 10 peserta negara lain di Bangkok, Thailand, pada 14 November depan.

    The post ‘Bluest Sky’ Karya Agung Aina Abdul, Habiskan 10 Jam Dalam Studio – ‘Lagu Ini Besar… Saya Curah Rasa Marah, Sedih & Cinta’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah