Pelawak Jep Sepahtu sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik resit pembayaran zakat yang dilunaskannya setiap tahun.
Artikel Berkaitan: Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’
Jep tunjuk resit bayar zakat
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, menjelaskan perkongsian tersebut bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri, sebaliknya sebagai bukti bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain.
Resit ini untuk dibuktikan bukan dibanggakan. Kalau sembang semua orang boleh sembang. Lagi-lagi sekarang zaman podcast, modal air liur je lah.
Alhamdulillah rezeki yang Allah titipkan pada aku dengan izin Allah aku turut berkongsi. Mana mungkin hak orang pula aku nak ambil.
Menerusi hantaran tersebut, Jep dilihat menjalankan tanggungjawab membayar zakat bermula dari tahun 2016 sehingga 2025 di mana jumlahnya sekitar RM50,000 hingga RM300,000 setahun.
Terima kasih Astro untuk Sepahtu Reunion & Sinar (2015-2025).
Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib dan Mamat susulan isu yang dibangkitkan menerusi sebuah podcast.
Jep mendakwa perkara berkenaan sudah berulang kali berlaku dan dia juga pernah meminta maaf kepada mereka. Bagaimanapun, tiada sebarang respon diterima.
Jep juga berkata tidak mahu isu persahabatan mereka terus dijadikan bahan kandungan.
Dia turut menjelaskan bahawa urusan bayaran antara mereka sebelum ini dibuat secara individu dan bukannya secara berkumpulan seperti yang diperkatakan.
Jep dalam pada itu meminta agar sebarang dakwaan terhadap dirinya dinyatakan secara terus serta tidak disampaikan secara berkias sehingga mengundang salah faham dalam kalangan orang ramai.
Sumber: Threads
The post Jep Sepahtu Tunjuk Resit Bayar Zakat Cecah RM300k Setahun – ‘Mana Mungkin Hak Orang Aku Nak Ambil’ first appeared on OHBULAN!.





