25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu Peribadi Dituduh Melakukan Keganasan Terhadap Anak Tirinya Dengan Memaksa Minum Air Kencing

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang pemandu peribadi yang dituduh atas pertuduhan mengelar tangan anak tiri lelakinya dan memaksa anak tiri perempuannya meminum air kencing telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

    Kelar tangan, paksa anak tiri minum air kencing

    Sekadar gambar hiasan

    Tertuduh, R Segaran berusia 38 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memaksa kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun satu bulan meminum air kencing melalui botol dan mengelar tangan anak tiri lelakinya berusia 14 tahun satu bulan masing-masing pada 5 pagi, 15 Disember dan 7 pagi, 16 Disember lalu di sebuah flat di Jalan Kenanga, Dang Wangi.

    Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  [VIDEO] Bimbang Terkurung Berdua Di Hotel, Shuib & Watie Bawa Anak-Anak Teman Sambut ‘Anniversary’ Di Pulau

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang dengan keselamatan kedua-dua mangsa jika tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan ikat jamin.

    Mahkamah kemudian menetapkan 28 Februari untuk sebutan kes.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah