33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peluk Islam Sehari Sebelum Ramadan, Bekas Penganut Buddha Sifatkan Tahun 2025 Sebagai Permulaan Indah

    Shopee Sale



    Nader Phet

    Lelaki berwajah comel menyifatkan tahun 2025 sebagai permulaan yang indah buat dirinya selepas memilih untuk memeluk agama Islam.

    Peluk Islam

    Nader Phet

    Menerusi perkongsian tular di TikTok, individu dikenali sebagai Nader Phet yang sebelum ini menganut agama Buddha bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah S.W.T.

    Kongsinya, dia mula memeluk Islam sehari sebelum Ramadan iaitu pada 11 Mac tahun lalu.

    Permulaan 2025 dengan perkara paling indah berlaku pada 2024. Saya mula memeluk Islam pada Mac lalu iaitu sehari sebelum Ramadan.

    Dalam hantaran tersebut, Nader Phet turut berkongsi beberapa foto memaparkan amalan yang dilakukan sebelum memeluk Islam.

    MENARIK:  ‘Jangan Main Perasaan Wanita, Tak Baik’ – Alif Satar

    Antaranya, dia memberitahu agama Buddha tidak mempercayai hanya pada satu Tuhan dan budaya minum alkohol dibenarkan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa syukur dan memuji kebesaran Allah serta mengucapkan selamat datang buat saudara Islam mereka.

    Selain itu, warganet turut mendoakan individu berkenaan terus istiqamah dan menikmati keindahan Islam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah