Anggota kumpulan K-Pop, Kiiras iaitu LingLing berkongsi gaya hidupnya sebagai rakyat Malaysia yang kini mengembangkan kerjaya sebagai penyanyi di Korea Selatan.
Artikel Berkaitan: Jennie Blackpink Beli Bangunan Mewah Bernilai RM54 Juta Secara Tunai
Artikel Berkaitan: Peminat Teruja Jennie Blackpink Buka Akaun TikTok, Video Pertama Raih 37 Juta Tontonan Dalam Dua Hari
Kehidupan bersama ahli kumpulan
Ketika ditemui , LingLing atau nama sebenarnya Alicia Wong LingLing, 21, memaklumkan bahawa dirinya merupakan anggota paling berusia sekali gus memegang tanggungjawab sebagai ketua kumpulan.
Mengulas tanggungjawab sebagai ketua, LingLing mengakui tugas itu tidak sukar kerana semua anggota sentiasa memberikan kerjasama, sekali gus memudahkan urusan mereka sebagai sebuah kumpulan.
Saya sebenarnya yang paling tua antara semua jadi saya lah ketua.
Mereka semua mendengar kata. Saya tidak rasa tertekan atau susah hidup bersama mereka.
Kami sangat rapat antara satu sama lain macam adik beradik.
Ada masa kami main sama-sama. Tapi bila kerja, kami letakkan fokus sepenuhnya.
Dalam pada itu, anak kelahiran Klang, Selangor itu meluahkan rasa gembira setiap kali berpeluang pulang ke Malaysia atas urusan kerja kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga.
Saya sangat gembira kembali ke tanah air sendiri, Malaysia.
Saya tidak rasa sedang bekerja. Bila balik Malaysia, macam sedang bercuti terutama apabila saya boleh balik ke rumah ibu bapa.
Imbas kembali, LingLing mencipta sejarah sebagai antara rakyat Malaysia yang berjaya menembusi industri K-pop di Korea Selatan.
Minatnya terhadap dunia K-pop mendorongnya untuk menjalani latihan sebagai trainee di Korea sebelum menyertai program realiti I-LAND 2 pada 2024.
Walaupun tersingkir daripada program tersebut LingLing meneruskan perjuangannya dan menyertai agensi LeanBranding sebelum akhirnya membuat debut sebagai anggota kumpulan wanita KIIRAS pada 2025.
The post [VIDEO] Anak Klang Cipta Nama Di Korea Selatan, LingLing Galas Tanggungjawab Sebagai Ketua – ‘Kami Rapat Macam Adik-Beradik’ first appeared on OHBULAN!.





